Pages

Saturday, February 19, 2011

Petik kopi

Pernah tengok pokok kopi?Huuu..tak pernahke?Ooo tau minum kopi je ye,babap baru tau.Gugel sendiri eh..entri ni takde pic pokok kopi.

Ni citer pasal jaman kecik-kecik..kenapa saya lately asik citer zaman kecik-kecik saya pun tak tauhu..
Dulu masa umur 12 nak ke alam pra remaja,saya dah berani pegi ke bandar Muar naik bas. Bukan ngedate,bukan seorang diri tapi dengan sorang kawan saya ni,Kiah namanya.Sekarang dia jadi cikgu SIGS (Sultan Ibrahim Girl School).

So lepas plan nak g bando,saya mula mengira-ngira berapa duit simpanan yang saya ada.Nak mintak duit kat abah n ibu tak berani.Hmm cuma RM 10,siap buat bajet,nak makan KFC,pastu nak beli buku n stationery kat Popular Bookstore..tak cukup duit dan otak mula berputar2 mencarik idea.

Bila ke luar rumah saya tengok pokok kopi sudah berbuah dan banyak yang merah-merah. Apa lagi,ambik baldi dan terus petik sebanyak-banyaknya dan alhamdulillah dapat penuh satu beg beras. Masa tu dapatlah RM 25 macam tu kalau tak silap.Sekarang saya tak pasti berapa sekilo buah kopi.

Saya rasa zaman sekarang kurang sangat nak nampak budak-budak petik kopi.Yang ada pun Wak dan Embah yang masih setia memetik kopi.(Walaupun pernah 2,3 baldi kopi mereka hilang dicuri orang). Rumah saya pun dah tak banyak pokok kopi sebab abah dah tebang , tanam pisang lagi baik, katanya.

p/s:Sekarang pun masih amalkan simpan-simpan duit dulu kalau nak dapatkan barang idaman.=)

0 comments:

GOOD MORNING TEACHER!

 

(c)2009 GOOD MORNING TEACHER!. Based in Wordpress by wpthemesfree Created by Templates for Blogger