Pages

Friday, February 18, 2011

Noja Masjid

Siapa tahu apa kah itu Noja Masjid?

Saya kurang pastilah kalau korang panggil apa,tapi saya panggil Noja masjid. Noja Masjid ni satu jawatan dalam jawatankuasa masjid yang ditugaskan untuk menjaga kebersihan masjid.Kalau hari Jumaat, hari raya Aidilfitri dan Aidiladha,pagi-pagi Noja masjid akan ke masjid , sapu lantai,bersihkan kawasan dalam masjid dan bentang sejadah.

Abah saya pernah jadi Noja masjid.Masa tu,saya masih bersekolah rendah.Masih saya teringat, sekitar awal 90 'an, negeri Johor cuti hari Jumaat dan Sabtu. Jadi kami kena bangun pagi dan ikut abah ke masjid. Tolong sapu karpet,lap tingkap,bentang sejadah,bersihkan bilik air dan buang habuk di beroti.

Aktiviti selepas selesai bersih-membersih?Dah tentulah panjat pokok jambu batu (yang isi dalamnya warna pink tu ), cari duit syiling kat beroti,kalau jumpa duit,kami masukkan dalam tabung masjid sebab abah dah pesan itu bukan duit kami.Selepas itu kami ke kubur arwah Bapak,arwah Makwe dan arwah pakcik saya.Masa tu selamba je pakai seluar pendek,kadang-kadang pakai skirt.Yang paling tak best kalau Hari Raya,sebab masa tu kena bangun seawal 5 pagi untuk bersihkan masjid. Balik dari masjid abah kadang-kadang upah kami sorang RM 0.50 =)

Sekarang , saya dapat tahu ada elaun khas untuk Noja Masjid. Tak pasti pulak berapa tapi kalau tak ada elaun pun,hanya Allah yang dapat memberi ganjaran kepada mereka yang jadi Noja Masjid ni.

3 comments:

yusri said...

tempat aku di panggil siak masjid

Anonymous said...

tempat aku orang panggil tok siak

norinaomar said...

oo yeke..pernah dengar tok siak tapi taktahulah pula maksudnya..tq u olls

GOOD MORNING TEACHER!

 

(c)2009 GOOD MORNING TEACHER!. Based in Wordpress by wpthemesfree Created by Templates for Blogger