Pages

Tuesday, February 1, 2011

Memang makanan aku..

Entri ini takde kena -mengena dengan makanan..
Bercakap...semua orang memang pandai dan tahu bercakap.Hatta orang yang pendiam pun tahu nak bercakap.
Kadang-kadang kalau kita berbual dengan orang kita boleh tahu kepakaran dan minat dia.Contohnya,orang yang suka bercakap pasal makanan,bila kita start cerita pasal makanan memang dia tak boleh nak berhenti.Resepi itulah,resepi inilah,dia pernah masak makanan inilah,pendek kata semuanya tentang makanan.Tapi kalau ajak dia sembang pasal bola,mesti dia diam je.Paling banyak pun dia akan angguk dan kata 'oooo ye ke'.


Kisah 1-Kawan saya ,cik G memang banyak bercakap.Rasanya semua topik dia boleh cerita.Teringat masa dia sleepover kat rumah saya.Lampu dah tutup,kami masih chitchatnyotnyet dalam bilik,dia bercerita macam-macam cerita sampai lena saya dibuatnya,dia bercakap sorang-sorang akhirnya.

Kisah 2-Kawan saya jugak,kalau mula bercerita pasal politik..tuuu dia!Sampai malam pun dia boleh bertahan.Tapi sayangnya banyak yang dia bicarakan berbaur membangkang.Saya?Lariii....

Kisah 3-Pagi tadi dengan Mr J,mula-mula cerita pasal banjir,pastu cerita pasal Mesir.Haa start enjin terus tak boleh stop,ooo dah 10 bulan kenal dia,sekarang saya dah kenal dia punya interest.Maknanya kalau cerita pasal topik tersebut,gerenti boleh berlarutan sampai esok pagi.Hehehe..sorry ye tuan punya badan!

Tapi kalau langsung tak pandai nak bercakap pun tak best jugak.Maksudnya kita taktahu apa interest dia,so kita taktahu nak sembang apa dengan dia.Bagi diri saya pula,saya sendiri tak tahu saya pandai sembang pasal apa.
Bola.... memang tak minat,
Fesyen... memang out lah sebab saya ni terlalu simple,
Politik.... huhu sekadar ambik tahu je(sebab tu masa kursus BTN saya banyak diam sampai ditegur oleh Fasi)
Kereta?..naik kereta tahulah..

Tanyalah saya pasal English sekolah rendah,Insya Allah saya boleh jawab.

p/s:Kalaulah saya ni macam google ke,wikipedia ke kan best.Mesti orang seronok nak bersembang dengan saya..

0 comments:

GOOD MORNING TEACHER!

 

(c)2009 GOOD MORNING TEACHER!. Based in Wordpress by wpthemesfree Created by Templates for Blogger