Pages

Thursday, February 17, 2011

Kenduri Kahwen dari kaca mata orang perempuan

 source:pak cik google

Saya suka pergi kenduri kahwin..Saya suka makan nasi orang kawen..ehh nasi di majlis kahwin.Macam lain macam je rasanya..ada sesuatu di situ sehinggakan saya pernah mengidam nak makan nasi minyak kenduri kahwen hahaha..

Kalau orang lelaki pergi majlis kahwin diaorang bukan peduli tema pengantin kaler apa,bunga telurnya berprestij ke tak,bilik pengantin dan pelamin rupa gayanya macamana..mereka cuma datang nak makan je.Perut kenyang suka hati!Lagi pulak trend majlis kahwen sekarang ada cendol,ayam golek,roti jala,lontong,sate!

Tapi kalau orang perempuan huuuuiii..datang mesti bawak hadiah,pastu menjadi juri awam,belek2 kaler scallop,jenguk bilik pengantin,jenguk hantarans,tengok pelamin,sanggup tunggu pengantin bersanding(kalau ada tukar2 baju 19 persalinan pun diorang sanggup tunggu),tanya mekap dari mana,OP nya siapa,dalam beg doorgift ada apa,hahaha!Tapi makannya sikit je.

Tapi tak semua perempuan berperangai macam yang sebutkan di atas.Kita datang majlis untuk meraikan kegembiraan..Kan?

p/s:Menanti hari bahagia ;)

0 comments:

GOOD MORNING TEACHER!

 

(c)2009 GOOD MORNING TEACHER!. Based in Wordpress by wpthemesfree Created by Templates for Blogger