Pages

Wednesday, February 16, 2011

Decison Making-kenapa saya masih memerlukan orang lain?

Kadang-kadang saya masih tak mengenali dengan menyeluruh siapa diri saya dan apakah potensi diri saya..lebih-lebih lagi bab membuat keputusan (decision making).Tidaklah dalam semua perkara tapi kadang-kadang yang menyakitkan hati sendiri dan orang lain tu,benda simple dan remeh-temeh pun saya memerlukan orang lain buat keputusan untuk saya.Hmm...saya taktahu apa sebabnya.Dan bila saya tak dapat nak buat keputusan,mulalah asyik berfikir pasal benda tu siang malam dan kadang-kadang sampai takboleh tido.Sehinggalah ada orang akan kata begini , " Noi,ko kena guna buku A sebab bla bla bla ......" then ok saya pun terus setuju!

Contohnya haritu,kawan saya minta saya belikan tiket then dia tak pulangkan duit saya.Saya dah agak geram di situ dan mulalah rasa nak marah,sedih , frust semua ada. Then saya rujuk pada seseorang,tanya dia samada diamkan saja atau mintak terus.Saya memang tak dapat nak buat decision ketika itu.
So,memang saya tak puas hati dengan jawapannya iaitu " it's up to you."Pada saya itu bukan jawapan. Sehinggalah tak lama lepastu dia kata"ko bagi dia sms,ko cakap elok2 macam ni..macam ni..."
Barulah saya betul2 lega dan buat apa yang dia minta.Settled!

Masalahnya kadang-kadang perkara kecil pun nak dikusutkan..memang semua orang macam tu ke,atau saya saja?

p/s:Rasa diri ni belum cukup dewasa lagi.

3 comments:

♥♥ Kasut Pink ♥♥ said...

Biasa macam tu.. masalah org kite boleh bagi nasihat, tp kalau kat batang hidung sendiri kite tak boleh nak berpikir..

cik bebel sentiasa said...

sama lah...

susah sgt nk decide..pastu bila mtk pendapat org n org cakap up to u..
btambah r rasa nak makan jer org yg cakap gitu...ahahahha

norinaomar said...

rasanya kena lantik PA,"Mr PA,tolong pilihkan mana satu yang i kena buat"

kasut pink:tepat sekali!

ila:memang pun,kita harap dia bagi guideline utk kita,kalo dah cakap macam tu macam mematikan harapan je kan?

GOOD MORNING TEACHER!

 

(c)2009 GOOD MORNING TEACHER!. Based in Wordpress by wpthemesfree Created by Templates for Blogger