Pages

Monday, February 21, 2011

Bagaimana menegur kesilapan ibu bapa tanpa menyakiti hati mereka..

Tadi saya menonton Selami Jiwa Dr Fadzilah Kamsah yang mana tu merupakan rancangan kegemaran saya. Tajuknya tadi "Anak Derhaka".Cukup menyentap hati saya,kebetulan pula hari ini ada berlaku 'sesuatu' dalam keluarga dan tidak perlulah saya nyatakan di sini.

Di antara point yang menarik hati dan memang saya amalkan iaitu Berikan sedikit daripada gaji kita (walaupun RM10) kepada ibubapa kita kerana keberkatannya tiada tandingannya.Memang terbukti dan saya tidak pernah merasa sesak di hujung bulan kerana saya tidak pernah miss bagi duit sikit kat ibu dan abah.Pernah sekali tu saya betul-betul tak ada duit nak bagi tapi saya gagahkan juga bagi mereka RM 30 seorang dan Alhamdulillah..saya masih mampu bertahan RM10 yang ada dalam dompet untuk seminggu.AJAIB!

Yang seterusnya ialah 'Bagaimana hendak menegur kesilapan ibu bapa tanpa menyakiti hati mereka'. Ini memang menarik perhatian saya kerana saya memang mencari-cari jawapan kepada persoalan ini.
Ustaz Asyraf (Juara Imam Muda Musim 1) berkata caranya ialah dengan sentuhan.

1)Dalam waktu yang santai,yang tenang,urut-urut bahu,picit-picit kaki dan cium ibu @ bapa kita.
2)Sambil sentuh,puji dia banyak-banyak "Sedap sayur mak masak hari ni".
3)Kemudian,sampaikan apa yang nak dikatakan "Saya sayang kat mak,sebab tu saya nak tolong mak daripada terus berpaling dari jalan Allah,apa kata mak jangan ..............(ayat yang korang nak sampaikan)"
4)Sentuh dan puji semula.
5)Doa kepada Allah

Nampak mudah tapi kita perlu kuatkan ketabahan untuk melakukannya dan menyingkirkan perasaan ego.Insya Allah kita boleh melakukannya..

4 comments:

♥♥ Kasut Pink ♥♥ said...

Berikan sedikit daripada gaji kita (walaupun RM10) kepada ibubapa kita kerana keberkatannya tiada tandingannya (agreed!). Tapi skrg bile nak kawen my mom taknak terima duit, die ckp pakai utk kawen. Tapi sy gantikan dgn beli brg2 dapur.

norinaomar said...

betul tu...n ada jugak parents yang taknak..dengan cara mcm tu memang bagus sangatlah cik kasut pink!

THE LEKAT LEKIT STORY said...

takde gaji dah nak bagi sekarang... dulu bagi juga. walau jauh bank in jer.. memang terharu sbb walau xde ribu riban bagi mak duit tp dia rasa besar sgt nilai bila kita ingatkan dia

yusri said...

kdanag kadang trlepas juga...huhu

GOOD MORNING TEACHER!

 

(c)2009 GOOD MORNING TEACHER!. Based in Wordpress by wpthemesfree Created by Templates for Blogger