Pages

Sunday, January 30, 2011

Seperti mati hidup semula..nyawaku seperti telur di hujung tanduk

 Mengucap panjang saya tadi,baca selawat dan Allahuakbar tak berhenti-henti..
Gelombang yang betul-betul kuat tadi.Bot kami berlegar-legar di muara sungai sebab gelombang yang kuat tak membolehkan ia masuk sungai.Sehinggakan air masuk ke dalam bot,dan basah seluar saya.Biarlah basah asalkan semuanya selamat.
Bergelut dengan gelombang selama setengah jam betul-betul menakutkan,baby tu dah nangis-nangis,makcik tu dah muntah-muntah kemabukan,dan paling sadis,kawan saya Sarah dah mengalirkan airmata..Oh Sarah,kenapa lah ko nangis,kalau ko nangis aku pun rasa nak nangis jugak...Sesungguhnya saya hanya bertawakal kepada Allah saja tadi.Kalau benarlah nyawa saya sampai disitu sahaja,saya redha.Alhamdulillah berkat doa yang tak henti-henti,selamat juga akhirnya.

p/s:Time macam ni lah saya rasakan nyawa lagi bernilai daripada elaun P

2 comments:

yusri said...

syukur selamat...

LyDiA said...

alhamdulillah semua selamat =)

GOOD MORNING TEACHER!

 

(c)2009 GOOD MORNING TEACHER!. Based in Wordpress by wpthemesfree Created by Templates for Blogger