Pages

Wednesday, January 12, 2011

Rabun warna-Biasa atau luarbiasa



Anda seorang yang rabun warna?
Lucu ke? Alhamdulillah jika anda rabun warna dan alhamdulillah juga jika anda tidak ada masalah rabun warna.
Kebanyakan orang yang rabun warna tidak boleh membezakan beberapa tona warna merah dengan hijau atau biru dengan kuning, sama ada dalam keadaan terang atau cahaya samar.

Dalam kebanyakan kes, rabun warna adalah masalah keturunan. Namun, penyakit mata dan kesan sampingan ubat tertentu juga boleh menyebabkan masalah rabun warna dan kebanyakannya ialah lelaki.

Sebenarnya sata bukan nak cerita punca dan cara mengatasi tetapi saya nak share macamana nak deal dan beberapa cerita dengan orang yang rabun warna ni.
1)Jika ada anak murid kita rabun warna, elakkan beri soalan ujian atau peperiksaan tentang warna e.g -Warnakan bentuk ini dengan warna merah - 5 markah
 Kesian budak tu,tak pasal-pasal je tak ada markah untuk soalan tu.

2)Jangan suruh mereka yang rabun warna ni beli benang atau kain.

3)Jangan tanya dengan dia kalau masa shopping,'Bang,cantik tak blaus hijau ni,"..mesti dia akan ermm ermmm...taktahu nak kata apa atau 'Cantik',padahal saja nak ambil hati korang yang lupa dia tu colour blind.Senang cakap dia bukan pakar rujuk la.

Saya teringat masa tahun 2009 saya ajar tajuk 'Colours' kat Rahim.Masa tu dia Tahun 1,bersungguh-sungguh saya marah dia sebab saya tanya warna apa,lain yang dia jawab,tunjuk pintu hijau dia kata kuning,tunjuk buku merah betullah pula..lepas tu baru saya teringat pasal rabun warna,terus tak jadi nak marah.Kembarnya,Rahman tak ada masalah pula.

Saya pernah tanya kat Mr J,kalau rabun warna,macamana nak bezakan warna kat traffic light?
Dia jawab ikut common sense..Mungkin yang peringkat rabun warna ringan masih rasa tak ada masalah tapi macamana pula yang kronik kan?Sebab ada kawan saya cerita dia boleh tahu warna hitam dan putih saja.Aduhh...

Ada juga sumber kat blog ni,seorang anonymous share ada klinik kat Segamat ada Optometris dari UK
Part of his comment- 
"Dia latih dan ujian saya dengan teknik istimewa ,sekarang i boleh nampak banyak warna yang tak pernah nampak.
Sesiapa yang adalah rabun warna atau warna buta boleh hubunginya."
Namanya: Stanley Tien
Sun Time Optical,Segamat,Johor
No 1,Jalan Ros 85000,Segamat,Johor,Malaysia
email: stanley_tien85@yahoo.com 


p/s:Kadang-kadang terlupa yang 'dia' rabun warna.Sorry....

8 comments:

longchu said...

Cikgu, thank you for your information regards the optometrist in segamat. I am an Medical doctor from Sarawak. Myself visited him last 2 week, and he did help me see more color and change my life to full of colors.

thank again and appreciate you share the information for us (color problem people)

norinaomar said...

My pleasure longchu..I just share my readings and i'm very happy because this entry helped you a lot!Congratulations and be strong.You're special!

Anonymous said...

Hi norinaomar & longchu,

boleh tak saya tanya berapa korang bayar untuk lense itu, mau tahu agak-agak harganya. saya cuma pelajar kalau kalau harga nya 10 ribu. saya tak mampu la. =.=

terima kasih.

cy
avhole@gmail.com

Ahmad Fadhullah Fuzai said...

Dear Readers,

Recently, Vision Care Optometry bring to Malaysian Community, Chromagen Lens for colour deficiency individuals. With affordable price, 'colour blind' individuals can get solution for their daily colour perception problem with FDA approved special tinted contact lenses.

Optometrist at Vision Care Optometry will do assesment and diagnosis to determine the type of colour vision defect and prescribe suitable type of Chromagen Lens to our customer.

Vision Care Optometry is located at Klang Valley, specifically at Wangsa Maju. Feel free to visit our blogs [url]http://visioncareoptometry.blogspot.com[/url] for more information.

Also can call us [b]0341431039/ 0122879044/ 0127499055[/b] for more information or setup an appoinment to meet us

harga nya maner sampai 10 ribu...bermula daripada rm 900..tq

Anonymous said...

Can I know how much it cost you to correct the color vision problem. How long and how many times you have to go Sun Time.

syazwi zain said...

Berapa cost ni ? Boleh lepas ishihara test tak ?

syazwi zain said...

Berapa cost ni ? Boleh lepas ishihara test tak ?

MATA OPTOMETRIST said...

Biasanya ada 2 jenis rabun warna. Yang pertama adalah rabun warna jenis ‘red-green’. Rabun warna jenis ‘red-green’ ini adalah jenis yang paling banyak didapati. Untuk rabun warna ‘red-green’, kami ada menyediakan kanta lekap dan kaca mata untuk mengurangkan rabun warna di klinik kami.

Sila hubungi kami di talian 082-507168 untuk pertanyaan lebih lanjut. Anda juga boleh meninggalkan mesej di laman facebook kami http://www.facebook.com/mataasia.

GOOD MORNING TEACHER!

 

(c)2009 GOOD MORNING TEACHER!. Based in Wordpress by wpthemesfree Created by Templates for Blogger