Pages

Friday, January 7, 2011

Mengapa masih ketinggalan?

Berurusan dengan 2 buah perkhidmatan kerajaan di Daerah S,Negeri S iaitu klinik kesihatan dan Jabatan Imigresen betul-betul membuatkan saya hairan dan tertanya-tanya kenapa kualiti perkhidmatannya tak diperbaharui.Jauh ketinggalan berbanding dengan bandar kecil kelahiran saya iaitu Muar.

Kes 1-Saya mahu membuat pasport antarabangsa dan saya telah terlewat sedikit ke Jabatan Imigresen tersebut.(kira-kira jam 3 petang).Setelah bertanya itu dan ini saya dimaklumkan bahawa pukul 3 kaunter pembayaran telah ditutup.Dan proses membuat pasport antarabangsa ialah 1 minggu bermakna jika saya mengisi borang minggu ini,minggu hadapan baru ia siap dan saya boleh ambil.What???? Bukankah piagam pelanggan menyatakan bahawa urusan pasport antarabangsa hanya 1 jam.

Kes 2-Klinik Kesihatan di bandar S juga.Mujurlah saya cuma sakit conjunctivitis sahaja  dan saya boleh sahaja untuk memilih berurusan dengan klinik swasta tetapi saya sengaja mahu ke klinik kerajaan.Alangkah terkejutnya saya kerana di sini nama pesakit dan bilik mana yang perlu dituju diumumkan oleh jururawat di bilik-bilik rawatan berkenaan menggunakan mikrofon!Bukan sistem komputer seperti ditempat lain.Yang peliknya,kaunter Farmasi tidak pula menggunakan kaedah purba tersebut.Situasi ini berlaku pada tahun 2011 ya..sama seperti tahun 70 an.Nak tergelak pun ada...

Mengapa situasi ini terjadi?Mengapa masih ketinggalan?Adakah kemudahan yang sepatutnya tidak sampai ke negeri ini?Atau negeri ini enggan menerima sistem yang lebih efektif.Saya terfikir adakah situasi dan kaedah yang sama akan digunakan 10 tahun akan datang?Mungkin ya..

p/s:Menyesal juga tak pergi klinik swasta tadi...

0 comments:

GOOD MORNING TEACHER!

 

(c)2009 GOOD MORNING TEACHER!. Based in Wordpress by wpthemesfree Created by Templates for Blogger