Pages

Monday, January 31, 2011

Memaksa diri untuk minum air

Teringat saya masa kerja kat Wilderness Centre dulu,kami sebagai 'trainer' selalu mengingatkan 'participants' kami untuk minum air 3 botol sehari untuk elakkan daripada 'dehydrated'.Buat aktiviti luar dan berpanas memang memerlukan pengambilan air yang banyak untuk menggantikan air yang hilang.
So,tiap-tiap malam sebelum tidur saya akan pastikan mereka habiskan 3 botol air tu.Budak-budak kan liat nak minum air kosong (trainer nya pun sama je).Saya buat-buat je rajin minum air depan diorang,ye lah trainer kan sebagai role model.Macam-macam cara nak paksa diorang habiskan air tu termasuklah buat games , sapa kalah kena denda minum. Mujurlah takde yang ngompol.


Dah 2 hari saya sakit kepala,ditambah lagi dengan mata yang tumbuh ketumbit.Dah makan ubat migrain,dah tidur,dah basahkan kepala pun tak hilang jugak.Jadi hari ini saya memaksa diri sendiri untuk minum air banyak-banyak..Macam takde perubahan je.Dok ulang masuk toilet lagi ada.Huuu...sembuhkanlah sakit kepalaku Ya Allah..

2 comments:

Min Min said...

Take care kak!!!!
Makan ubat, jgn overdose tdo, nanti lagi sakit pale...try minum air halia, takut pening sebab angin naik ke kepala...

norinaomar said...

thanks min..selamat bercuti

GOOD MORNING TEACHER!

 

(c)2009 GOOD MORNING TEACHER!. Based in Wordpress by wpthemesfree Created by Templates for Blogger