Pages

Friday, January 7, 2011

Fadhilat Solat Sunat Dhuha

Azam tahun baru saya ialah nak amalkan solat sunat Dhuha..tapi belum mulakan lagi..Memang susah nak mulakan tapi bila dah jadi kebiasaan akan jadi seronok.
Jadi,bolehlah saya kongsi sedikit apa yang saya baca daripada Majalah Solusi Keluaran Disember kalau tak silap.
1)Waktu mengerjakan-antara jam 7 pagi hingga 1 petang.
2)Waktu akhir-beberapa minit sebelum solat Fardhu Zuhur.
3)Bilangan rakaat - sekurangnya 2 rakaat,paling banyak 12 rakaat,afdhal 8 rakaat.
4)Surah - tiada surah khusus
Kebiasaan yang dilakukan para ulama-  Rakaat 1 (Surah Al-Kafirun  @ Al- Shams)
                                                            Rakaat 2 (Surah al- Duha @ Al -Ikhlas)



5)Fadhilat

i)Dicukupkan rezekinya
ii)Bersamaan dengan tasbih,takbir,tahmid,tahlil,menyuruh kepada kebaikan dan mencegah kemungkaran.
iii)Akan dibangunkan sebuah rumah di dalam syurga.
iv)Ketenangan batin,kelapangan hidup,ketenteraman jiwa dan diberkati rezeki.

0 comments:

GOOD MORNING TEACHER!

 

(c)2009 GOOD MORNING TEACHER!. Based in Wordpress by wpthemesfree Created by Templates for Blogger