Pages

Sunday, January 9, 2011

Cakap tak serupa bikin



Saya menaiki teksi dari Larkin Sentral ke City Square untuk menuju ke Singapura.Pemandu teksi itu banyak berbual-bual di samping menceritakan kisahnya yang sering menjadi pilihan beberapa keluarga warga Singapura yang mahu membeli-belah di Johor Bahru.Alhamdulillah,memang murah rezeki pakcik tu.
Tapi yang tak sedap didengar ialah beliau menyelitkan kutuk-mengutuk terhadap teksi lain seperti enggan mengambil penumpang,tak guna meter,ambil tambang lebih dan sebagainya.Saya dan Mr J hanya mengangguk-anggukkan kepala.Layannn..
Setelah sampai di CS,saya menghulurkan RM10.10 kerana tambang RM 7.10.Dia telah memulangkan RM 2.00 sambil berkata,"ingatkan nak bagi lebih kat Pakcik,"
Saya terperanjat kerana kurang RM1 duit baki itu."Mana baki saya?"Soalan itu hanya keluar dalam hati saja sambil kebingungan.Hadoiii memang cakap tak serupa bikin..

p/s:lepas ni naik teksi nak bagi duit cukup-cukup dan menjadi seorang yang berani bersuara..huhuu berani kerr

0 comments:

GOOD MORNING TEACHER!

 

(c)2009 GOOD MORNING TEACHER!. Based in Wordpress by wpthemesfree Created by Templates for Blogger