Pages

Wednesday, January 12, 2011

Tips majlis pertunangan-entri tak ada gambo sebab jiran sebelah nak pinjam broadband

Wahh..berbau-bau chenta entri saya kali ini.
Sapa yang dah bertunang,sila angkat jari!
Siapa yang dah nak bertunang,sila angkat tangan?
Siapa yang tak mahu bertunang,tapi nak nikah terus?Uuuiii..ramai jugak!

Kalau ikutkan saya taknak bertunang,nak nikah je terus..kalau bertunang pun taknak lama-lama.Tapi kita ni hanya menurut kehendak orang tua,adat katanya.Biar mati anak,jangan mati adat..huhu adeke patut?

Siapa kata bertunang ni simple je,zup zap zup zapp Zasss dah settle?Trettttt!!!Salah,banyak faktor kena plan dan fikir sampai botak kepala dan muncung-muncung mulut tu sampai boleh sangkut payung tau!

1)Duit -berapa bajet?RM 500?RM5000?boleh jadi woo...ikutlah kemampuan.Eh ,apasal banyak sangat?bukan beli apa-apa pun..Tunggu,sila baca nombor 2 dan seterusnya.

2)Jumlah dulang-Orang laki bagi kita 3 dulang,kita bagi dia 5 dulang.Orang laki bagi kita 7 dulang,kita bagi dia 9 dulang.Isinya ikut sukahati nak bagi apa jangan bagi jajan Mamee sudah.
Contoh perbualan yang menimbulkan pergaduhan kecil tapi mesra....
Mak : Ko nak berapa dulang?
Kita  : 5 cukuplah,buat apa nak banyak-banyak,kan tunang aje.Nikah sok bawaklah 20 dulang!
Mak : Ada pulak 5 aje,datang dahla jauh-jauh.(Padahal Jasin dengan Merlimau aje)
Kita  : Laa,suka hati saya lah mak.
Mak  : Kalau mak dia telepon,mak nak mintak 15 dulang.
Kita   : Aarrghhhh!! stress! - muncung

3)Cincin-Orang laki punya part.Biasanya 2 cincin,belah rotan(taktau nape dipanggil belah rotan) dan cincin yang cantik sikit,biasanya ada bling-bling..Kalau duduk dikelilingi orang yang konservatif jangan nak ngada-ngada pilih platinum by Tiffany,nanti dikutuk 7 keturunan,SILVER katanya,hahahaa....(Bajet RM1000 ke atas)

4) Mencantikkan diri - Mestilah nak kena pakai baju baru..takkan nak pakai T-shirt dan seluar trek kan.Nak jimat belanja pakai baju raya tahun lepas.Kalau kaya raya bolehla sewa kat Butik Perantin.Ada yang siap tempah mekap artis,ada mini pelamin,pakai veil dan crown dan sebagainya.CROWN???huhuuu....(T_T)

Contoh perbualan yang juga boleh menimbulkan pergaduhan kecil tapi mesra....

Mak : Ko nak mekap ke nanti?
Kita  : Alah,mekap biasa2 je lah Mak,suruh Kaklong mekap.

Mak : Pakailah cantik-cantik.Mak teringin nak tengok.

Kita  : Laa,suka hati saya lah mak.Nak simpel-simpel aje.Rimaslah mekap-mekap ni.Nanti masa nikah mekaplah betul-betul.

Mak  : Mak teringin nak tengok ko cantik salah ke?Pakailah crown sekali!

Kita   : Aarrghhhh!!Crown nak buat apa?Bukan nak kawin punnn!! stress! - muncung lagi


5)Kenduri atau Jamuan-Mestilah nak kena bagi kan,hatta rumah bakal besan cuma sepenanak nasi je jauhnya.Takkan nak bagi makan biskut meri dengan air teh O.

6)Jurugambar-Kalau kayaraya bolehla tempah jurufoto yang hebat,kalau tak berapa nak ada bajet,ambillah gambar sebanyak mungkin menggunakan kamera yang sedia ada.Yang penting gambar wajib ialah bakal mak mertua sarungkan cincin ke bakal pengantin perempuan.Dan satu lagi pose wajib ialah muka perempuan itu tersenyum lebar sambil tunjuk 5 jari (tunjuk 2 cincin yang dia dapat).Boleh imagine?Terima kasih sebab boleh....=)

p/s:Semua terpulang kepada kamu!

2 comments:

Anonymous said...

this is interesting... i laughed all the way long. thank u, u have made my day! oh, by the way, u dont know me. i found ur blog when i wanted to search for jadual tangga gaji. nice meeting u!

norinaomar said...

thanks cik anonymous..singgah2lah lagi!

GOOD MORNING TEACHER!

 

(c)2009 GOOD MORNING TEACHER!. Based in Wordpress by wpthemesfree Created by Templates for Blogger