Pages

Friday, January 7, 2011

Berat Jodoh?

Saya mendapat ilmu yang tidak ternilai setelah menonton rancangan Selami Jiwa Datuk Fadzilah Kamsah dalam episod Lambat Kahwin.Memang saya tertarik dengan isinya dan beliau menyimpulkan supaya melakukan perkara-perkara ini supya dipermudahkan jodoh:

1)Maafkan orang yang di sekeliling anda
- Ada seorang wanita yang ramai peminat tapi berat jodohnya (tiada seorang pun yang meminatinya itu datang meminang) Rupa-rupanya hanya kerana dia tidak dapat nak memaafkan 3 orang yang paling dia benci.Setelah dia memaafkan 3 orang tersebut,terus sahaja ada orang datang meminang.Jadi setiap malam sebelum tidur dengan redha maafkanlah orang yang pernah menyakiti hati anda walaupun ianya sangat payah nak dilakukan.

2)Jangan tutup doa
Doalah begini "Ya Allah,temukanlah jodohku dengan insan yang beriman,menyayangiku,menghormatiku.....etc
Dan bukannya "Ya Allah,temukanlah jodohku dengan Si Polan bin Si Polan....." kerana kita tidak berhak menetapkan siapa jodoh kita walaupun sudah bertunang sekalipun.

3)Berdoa tanpa putus asa dan tanpa putus semangat kerana Allah akan membantu umatnya yang bersungguh-sungguh.
Contohnya berdoa 99kali tapi dah patah semangat.

p/s:Allah temukan kita dengan orang yang silap sebelum Dia temukan kita dengan orang yang tepat.
Maafkan orang yang pernah menyakiti kita dan pada masa yang sama jauhi diri kita dari orang tersebut sekiranya dia memudaratkan kita.

2 comments:

LyDiA said...

Like =)

fRaMe+LenSeS said...

wahh.. beshnya.. semoga kamu juga jumpa ng jodoh kamu nt.. ;) Nadh doakan. ;)

GOOD MORNING TEACHER!

 

(c)2009 GOOD MORNING TEACHER!. Based in Wordpress by wpthemesfree Created by Templates for Blogger