Pages

Saturday, December 18, 2010

Susah kan nak jadi orang yang positif

Sejujurnya,saya ada kelemahan diri yang paling besar iaitu selalu bersikap negatif,suka berburuk sangka dan berfikir yang bukan-bukan.
Susah nak menerima orang lebih-lebih lagi kalau orang tu dah sakitkan hati saya.
Dengar macam senang je nak jadi positif tapi ia tak semudah yang disangka dan ia tak sesusah yang disangka untuk berubah ke arah yang lebih baik.

Dan disinilah teman-teman berperanan sebagai penasihat dan tegur-menegur sebab lumrah manusia kita ni selalu lalai dan berfikiran negatif.

Semoga saya menjadi orang yang lebih baik dan melenyapkan sikap saya yang suka cemburu tak bertempat dan bersikap negatif ni.

'Janganlah kerana satu aib atau dosa kecil yang sebenarnya dapat ditutupi oleh kebaikannya yang lebih banyak,anda menjadi jauh dengan seseorang yang pernah anda puji latar belakangnya,yang pernah anda terima kehidupannya,yang anda tahu kemuliaannya dan kemampuan berfikirnya.Sesungguhnya engkau selamanya tidak akan mendapatkan teman yang bersih tanpa kelemahan dan tidak pernah melakukan suatu kesalahan.Oleh itu,cerminlah pada dirimu sendiri sesudahnya,pertimbangkanlah dia dengan pandangan objektif,dan janganlah kamu menilainya dengan pandangan seenakmu.Sesungguhnya pertimbanganmu terhadapnyadan juga penilaianmu kepadanya akan membantumu untuk mendapatkan apa yang engkau inginkan dan membuatmu bersikap penyantun terhadap orang yang membuat kesalahan'

1 comments:

cik bebel sentiasa said...

1000 kebaikan bole tertutup dengan 1 kesalahan....

GOOD MORNING TEACHER!

 

(c)2009 GOOD MORNING TEACHER!. Based in Wordpress by wpthemesfree Created by Templates for Blogger