Pages

Sunday, December 19, 2010

Pada tarikh ini ialah berlakunya satu percutian yang gagal

Pada tarikh ini ,tahun lepas 2009 ialah jatuh pada hari Sabtu.Hari yang saya tak boleh lupakan di mana ada banyak kejadian dalam satu hari.Road trip Muar-Umbai,Melaka-PD-Jalan Kuching,KL,jurupandu kereta ialah Encik Omar,ahli kereta seramai 4 orang termasuk pemandu.

Kejadian #1-Perkahwinan coursemate saya Yus and partner di Umbai.Pergh..makan best,asam pedas daging tetel dan ayam bakar..Suka!!!

Kejadian #2-Perkahwinan bekas rakan satu tutor masa Matrik,Fathin di PD Batu berapa entah..hujan lebat yang teramat sangat dan saya agak frust masa datang kenduri dia,layanan mendukacitakan dan saya terus tak contact kawan saya ni sampai sekarang sebab kecik hati..Jahat kan?

Kejadian #3-Kononnya nak g kenduri kawen sambil lepak2 kat PD,tido hotel dan mandi2 swimming pool dan laut yang membiru (biru ker....??)Check in kat satu resort besar kat PD.Awal-awal dah booking dan bayar deposit,serta mengabaikan cerita-cerita dan berita sensasi tentang resort tersebut.Dalam hati dah tak sedap.Dahla kena tunggu dekat 2 jam nak check in,alasannya bilik belum kemas.Ibu dah tarik muka 200sen,saya pun dah penat,ngantuk semua ada.Abah je buat muka cool.Finally dapat jugak masuk bilik walaupun berada di tingkat 22,diulang 22 ye!

Kejadian #4-Sambungan dari kejadian nombol 3,tunggu nak check in je dekat 2 jam,masuk bilik,lepak2,minum-minum air,makan-makan kacang dan pisang,lompat-lompat atas katil,sambil mengusik Ibu dan Abah dengan berkata begini "wah,ibu dan abah hanimun,bulan depan abah bolehla umumkan kita dapat adik baru"hahahahaha...sian mereka (umur abahku dah 64 ye tuan-tuan dan puan puan)..
Malangnya,kegembiraan tu tak lama kerana kami dikejutkan dengan berita kematian besan ibu dan abah saya,Pak Cik On (ayah kepada abang Ayie,abang ipar saya yang sulung)..so lepas solat Maghrib dan jamak Isyak kami terus check out dan gerak ke Jalan Kuching,KL.

Maka hari ini genaplah Arwah meninggalkan kami,Al Fatihah..

p/s:I'm not a good vacation organizer,but I'm a good 'kenduri' organizer hehehe
      Tak sedap hati saya sejak keluar rumah pagi tu rupanya memberi satu petanda..Astaghfirullah..

2 comments:

hamzah ian said...

alahai..

Eyra Rizal: Your MUA said...

MAKEUP CLASSES UPDATES!

-PERSONAL MAKEUP CLASS@SHAH ALAM (21ST DECEMBER 2010) RM150

-PROMOTION BASIC TO ADVANCE CLASS @ SHAH ALAM!
DATE 9/1/2011 & 30/1/11 (PICK 1)
NORMAL PRICE: RM350
PROMO PRICE: RM295

-BEAUTY & FASHION TALK!!!
19/2/2011 (BANGI) OR 20/2/2011 (SHAH ALAM)
NORMAL PRICE: RM100
STUDENT PRICE: RM80

SMS 016-2128740 TO REGISTER
FB: EYRA RIZAL
WEB: WWW.EYRARIZAL.COM
BLOG: WWW.EYRARIZALSTOUCH.BLOGSPOT.COM

GOOD MORNING TEACHER!

 

(c)2009 GOOD MORNING TEACHER!. Based in Wordpress by wpthemesfree Created by Templates for Blogger