Pages

Friday, December 17, 2010

Masa kecik-kecik..

Masa kecik-kecik dulu saya rasa orang tengok pun macam sakit hati je dengan saya.Tak padan dengan kecik,dahla kecik,hitam pulak tu,pastu macam mengada-ngada lagilah orang sakit hati.Masa kecik-kecik dulu,saya:

1)Pantang nampak kedai makan,mesti memuncung suruh abah singgah tapi tak dilayan pun.

2)Nampak KFC,teringin nak pergi situ tapi Ibu tipu kata Cina KFC tu dah mati,sebagai kanak-kanak yang naif saya pun percaya.Tokey KFC tu orang Cina ke?hmmm konfuse...........

3)Kalau kena marah dengan ibu mesti nyorok bawah katil.Kalau ada buat salah pun mesti cepat-cepat nyorok bawah katil.Ada satu katil tu yang ada katil roda bawahnya (taktau nak explain macamana),dan saya boleh menyelit antara katil tu.

4)Selain bawah katil,port paling disukai untuk menyorok selepas buat kesalahan ialah bawah tangga.Saya akan menyorok sampai kering tekak Ibu memanggil-manggil nama saya(sebelum dia pergi kerja).Lepas dia pergi kerja saya pun keluar dari bawah tangga sambil menarik nafas lega.Yess!!

5)Dipanggil Ketot oleh budak lelaki kelas saya sebab saya pendek.

6)Digelar anti lelaki and anti couple-dapat gelaran ni masa sekolah rendah n menengah.Sebabnya rekod bersih takada boypren masa sekolah.Teruk betul gelaran ni.Tak sesuai langsung.

7)Petik kopi semata-mata nak kumpul duit nak pergi bandar Muar atau Batu Pahat.Huhuuu...susahnya nak dapat duit.

8)Sayang betul dengan Miss Khoo iaitu Cikgu BI saya.Saya dapat A untuk English dan saya belikan dia kek.

9)Suka tulis diari dan masa yang sama suka baca diari Kaklong ahhahahahahaha..Bukan takat tulis diari je,dinding pun saya conteng,luahan perasaanlah konon.Ada lagi sampai sekarang,nape entah Abah taknak varnis dinding tu.Malu i!

10)Selalu kena buli dengan budak lain.Kena cubitlah,basikal dipancitkanlah,macam-macam lagilah.

11)Dengki dengan sorang classmate saya (nama kena rahsiakan)-dari sekolah rendah sampai sekolah menengah saya dengki dengan dia.Saya sorokkan buku tulis dia,saya buat onar kat kertas jawapan ujian dia hanya kerana dia ni pandai sikit dari saya.Oh Cik R_________,maafkan saya ye.Entah mana dia sekarang.

12)Suka makan kat rumah kenduri dan kenduri kahwin  (sampai sekarang ni pun masih suka)

p/s:Nasiblah orang saiz S ni...

4 comments:

Tilam said...

paling lucu kau boleh nyorok bawah tangga ye? kesian betul..hehehehe

norinaomar said...

Aah..tangga rumah aku ada 2,rumah kampung lah katakan.So memang mak aku takkan tahu aku nyorok kat situ.Aku suka tukar2 port menyorok hehehe

cik bebel sentiasa said...

siapaka cik R????

Effa Akmal said...

hahhahaha..nice entri aka pengakuan brani mati nie yea? hahahaha..sian cik R tu..malangnye nasib die.hahahhaha

GOOD MORNING TEACHER!

 

(c)2009 GOOD MORNING TEACHER!. Based in Wordpress by wpthemesfree Created by Templates for Blogger