Pages

Thursday, December 9, 2010

Habit saya..atau saya punya habit..

Habit ialah tabiat atau kebiasaan..Kalau benda yang tak elok dijadikan habit maka makin buruklah perangai..Nak tau saya punya habit?

1)Pagi-pagi mesti nak makan nasi,pekara ni dah berlaku sejak zaman sekolah-sekolah dulu..Pagi ni pukul 6.45 pagi saya makan nasik lauk ikan asam pedas malam tadi punya.Sekarang sebelum pergi sekolah pun saya makan nasi,baru ada tenaga! Ada orang pagi-pagi tak boleh breakfastlah,itu mereka dan bukannya saya okey!

2)Tengah-tengah makan boleh tiba-tiba basuh tangan.Saya taktaulah kenapa,rasa tak selesa kot.Dah basuh tangan saya sambunglah makan.Kecuali kalau guna sudu garfu la.

3)Kalau nak tidur mesti tutup mata dengan selimut.Tak dapat selimut mesti kain or something asalkan mata saya dilindungi.

4)Iron baju masa nak dipakai,dan tiada istilah iron baju untuk seminggu punya.Saya pernah cuba nak bagi disiplin,tapi tak boleh jugak.Masa tu nak pakai,masa tu jugaklah baru saya iron.Baju orang lain takpe tapi bukan baju saya.Kalau bangun pagi tu blackout memang padan muka saya!

5)Kalau makan mi,ayam KFC or keropok mesti makan macam tu je,saya jarang dan tak makan dengan sos.Tak best.

6)Saya mesti nak kena tidur tengahari.Tak elok katanya,tapi macam dah set pula..Dah nama pun habit kan.

7)Suka cari barang hilang dengan mulut.Membebel dulu baru cari.Saya rasa kebanyakan orang macam tu kot..Hahaha

Itu sahaja kot..kalau saya teringat saya tambah kendian.Oh ya 2 hari lagi Hari Lahir saya..Tak sabar nak celebrate!

3 comments:

armouris said...

info tentang tidur tengahari di SIHAT SELALU - Faedah Tidur Tengahari

Encik NoRT said...

epi besday ye

norinaomar said...

thanks encik NorT..jengah2lah belog saya lagi ehh

GOOD MORNING TEACHER!

 

(c)2009 GOOD MORNING TEACHER!. Based in Wordpress by wpthemesfree Created by Templates for Blogger