Pages

Friday, December 17, 2010

Entri taktau nak bagi tajuk apa


Saya baru sahaja balik dari 'ngeteh' dengan ibu dan abah kat Pekan Parit Yusof.Planning asalnya nak makan asam pedas Wak Murat kat Parit Jawa tapi Abah pulak taknak.Saya ikutkan aje..

Bila dah besar-besar ni makan kat luar dengan ibubapa saya dapat feel yang lain dari yang lain..Saya taktahu apakah maksud feel itu..

Dan tadi juga masa saya makan nasi petang tadi,saya bertanya kepada Ibu."Ibu dulu-dulu macamana besarkan kitorang adik-beradik,seminggu je beras 5 kg gerenti habis,pastu kena beli lauk lagi,kena beli barang sekolah lagi".Ibu kata masa membesarkan anak-anak tak terasa kesusahannya sebab anak-anak membesar silih berganti.Ooohh...patutlah orang kata setiap anak membawa rezeki yang tersendiri.

Saya juga suka memerhatikan keluarga orang lain.Bagaimana mereka menghabiskan masa,bagaimana mereka berbual-bual,bagaimana mereka bergurau senda...Boleh membuatkan saya kagum,terpegun dan sakit mata pun ada jugak..

Bila bercakap tentang kuantiti,adakah keluarga yang selalu sama-sama berada di rumah akan mendapat kebahagiaan..
Atau keluarga yang sentiasa sibuk,ibubapa yang bekerja balik lambat,anak-anak lambat diambil dari rumah pengasuh adalah keluarga yang tidak bahagia?

Kualiti atau Kuantiti?
Isu ini pernah dikupas dalam salah satu buku Ustaz Hasrizal Abdul Jamil..
Pada pendapat saya,ia terpulang pada bagaimana kita mencorakkannya..Semua bergantung pada diri kita sendiri.Semakin saya bertambah umur,saya bersyukur sebab keluarga saya menjadi semakin sempurna dan melengkapi antara satu sama lain.
Dan harapan saya ialah dapat menjadi anak yang dapat membanggakan kedua ibubapa saya.
Adakah mereka cukup berbangga dengan apa yang saya capai sekarang?Hmmm..saya rasa belum cukup lagi.



0 comments:

GOOD MORNING TEACHER!

 

(c)2009 GOOD MORNING TEACHER!. Based in Wordpress by wpthemesfree Created by Templates for Blogger