Pages

Tuesday, December 7, 2010

Ada apa dengan JAWA..

Ye,saya orang jawa.Saya boleh bercakap dalam bahasa jawa tapi bukan sepenuhnya lah.Saya kagum dengan sorang rakan di Sarawak ni (dia Jawa Sarawak..baru tau kat sarawak ada orang Jawa) prong preng prong preng cakap jawa dengan family dia dalam telefon termasuklah dengan anak dia.So,ada apa dengan orang-orang Jawa ni,mari baca...=)

1) Kebanyakan orang Jawa ada di Johor,Melaka,Selangor,Perak dan Sarawak pun ada juga.

2)Ada bahasa Jawa halus dan Bahasa Jawa kasar.Saya tahu cakap yang kasar je.

3)Kalau kenduri sinonim dengan nasi ambeng..Menjilat jari weii..

4)Orang-orangnya kasar,bahasanya agak kasar tapi baik hati.Saya memang kasar pun..

5)Kaya dengan kenduri terutamanya Yasinan (setiap malam Jumaat),potong jambul (sepasaran),mandi tian(tingkepan).Mandi tian ni untuk ibu mengandung anak sulung kalau kandungannya dah masuk bulan ke 7,diadakan kenduri supaya ibu dan bayi sihat sejahtera.Saya panggil lenggang perut.Apa yang dilenggang pun taktahulah.hahah!

6)Kalau masuk rumah baru kena buat bubur putih bubur merah,biasanya kalau kesyukuran mesti ada bubur ni.Saya suka bubur ni,sedap!

7)Pada hari kematian ibubapa,tidak dibenarkan buat majlis (contohnya majlis akad nikah anak-anak atau cucu).Masa tu hari bersedih jadi tidak boleh diadakan majlis yang gembira-gembira.

8)Kalau berziarah masa Hari Raya Puasa,masa bersalam tu biasanya disertakan dengan ucapan yang puuuanjangg! .Kalau abah saya siap didoakan sekali orang yang bersalam dengan dia,so get ready jelah.

9)Rumah tak boleh ditinggalkan kosong lebih dari seminggu kerana dikhuatiri didatangi 'benda asing'.Paham-paham sendiri.

10)Hidung orang jawa ada kembang dan penyek sikit.Tapi hidung saya mancung!

Ada yang rasa apa yang saya tulis ni mengarut tapi kita kena hormati apa yang orang tua kita amalkan asalkan tidak bercanggah dengan agama.Terpulanglah pada individu kan?

p/s:Masih tak faham kenapa ibu dan abah tak boleh keluar rumah untuk jalan-jalan sampai 10 Muharam ni lepas mereka balik dari Mekah.Alaaa..tak dapat ngeteh!

0 comments:

GOOD MORNING TEACHER!

 

(c)2009 GOOD MORNING TEACHER!. Based in Wordpress by wpthemesfree Created by Templates for Blogger