Pages

Sunday, November 14, 2010

Pencuri,Mencuri,Dicuri

Minggu2 yang lepas adalah minggu ketakstabilan hormon dan emosi.Saya bukak kotak harta saya sebab budak nak beli pemadam,alangkah terkejutnya saya kotak tu dah kosong!Memang tak boleh nak sabar dah ni. Setelah disiasat rupanya murid Tahun 2 yang ambik. Dahla saya sayang kelas tu,sampai hati mereka buat saya macam tu.Salah seorang nya anak cikgu.Rasa nak patah-patahkan je tangan yang mencurik tu. Yang paling best,ada yang curi lepas tu buat judi pemadam sebab sekarang ni tengah trend main judi pemadam..Jentik-jentik pemadam,sapa menang boleh ambik semua pemadam tu.
Hmm..salah siapa dalam hal ni,saya yang tak berhati-hati dalam menyimpan barangkah?Kanak-kanak meniru tabiat ibu bapa mereka yang bermain judi, sabung ayam dan nombor ekor kah?Atau hanya suka-suka nak mencuri kah? Seminggu jugak saya tak bercakap dengan kelas tu..tapi setelah dapat kata-kata ni,saya terus memaafkan mereka dalam diam.

''Jika Allah SWT yang Maha Berkuasa sendiri sedia mengampunkan dosa setiap hambanya yang telah berdosa yang menyedari kesilapan mereka,tanpa mengira kecil atau besar kesilapan mereka,kenapakah kita hamba biasa ini tak boleh memaafkan orang lain. Yang bernama hebat bukanlah orang yang menjatuhkan lawannya tetapi orang yang handal dan sejati adalah orang yang sanggup menguasai dirinya ketika marah''

2 comments:

ila haron said...

kak, memaafkan itu bukan sesuatu yg mudah...tp bila mampu memaafkan org, dengan ikhlas...kita sendiri akan rasa tenang.....insyaallah...

norinaomar said...

masa tu tengah stress betul ila,kita jadi trauma sebab duit tabung dalam bilik dah 3 kali di curi sebab ada budak pecah masuk..Sampai keluar ayat kenapa barang saya asyik dicuri!!!Sabarr aje

GOOD MORNING TEACHER!

 

(c)2009 GOOD MORNING TEACHER!. Based in Wordpress by wpthemesfree Created by Templates for Blogger