Pages

Monday, November 15, 2010

Keajaiban azan

Azan menandakan masuknya waktu solat,dilafazkan secara nyaring dan merdu oleh muazzin dan dikatakan bumi Allah ini azan dilaungkan secara berterusan di seluruh dunia.

Kisah 1
Abah dulu rajin azan kat surau.Sekarang surau kami dah ada muazzin tetap maka abah dah tak azan lagi. Sebenarnya saya rindu nak dengar abah melaungkan azan.Teringat dulu-dulu bila abah sampai je rumah kami bersorak-sorak kebanggaan.."Wah..abah azan tadi,sedap suara abah" bangga betul muka abah.Lepas tu ada pulak yang tiru lagu azan abah dan mulalah kami komplen ''eleh,konon nak tiru tapi tak jadi!!!" jahat betul mulut kami..

Kisah 2
Malam tu ujan lebat,angin kuat sampai ada pokok yang tumbang..Ketakutan kami malam tu sampai tak boleh tidur.Abah pun ambil wuduk dan azan dengan kuat.5 minit lepas tu hujan berhenti,suasana jadi senyap dan aman damai.Subhanallah...

Kisah 3
Orang Kampung Parit Semerah Darat datang rumah kami tengah-tengah malam."Tok,Tok! Anak nya Wak _______ (taktahu apa namanya) hilang kat kebun dari petang tadi tak balik-balik". Abah dengan rileks nya salin baju dan ikut orang kampung ke tempat kejadian.Abah laungkan azan,tak lama kemudian,anak Wak _____ yang hilang tu terus muncul...Subhanallah!

Kisah 4
Saya pergi Sabah bulan 3 yang lepas dan belikan abah sebilah parang berhulu kayu yang cantik dan berkualiti tinggi.Semasa balik cuti raya haritu abah kata parang saya hilang masa dia cari buluh,waktu maghrib pula tu.Jadi,pagi-pagi esoknya saya,Ibu,Abah dan Abang Ayie (Abang ipar saya) cari lagi parang tu.Saya pun terfikir nak suruh abah azan."Bah,cuba abah selawat"..tak jumpa...hmmmmmm."Bah , cuba abah azan"..makanya tak sampai 5 minit lepas habis azan dilaungkan,terus jumpa parang tu.Padahal abang ipar saya baru sahaja cari di tempat yang sama.

Kisah 5
Hanis Amanda (anak kakngah) asyik menangis je malam tu.Semua orang tak dapat tidur lena."Ngah,cuba azan slow2,manalah tahu berhenti nangis"kata saya. Memang betul,terus Hanis berhenti melalak..diberi susu terus tidur sampai pagi esoknya..Alhamdulillah..

p/s:Azam baru tahun 2011,nak amalkan solat Dhuha.Macam susah nak mulakan tapi nak cuba dulu.Amin...

5 comments:

ila haron said...

pernah sekali dulu hujan lebat kat rumah...abah azan n serta merta hujan bhenti...angin pun dah xkuat...rasa cam senyap sunyi jerk.....

norinaomar said...

betul tu Ila,miracle kan?

norinaomar said...
This comment has been removed by the author.
Tilam said...

noi entri ni best la..aku suka...

norinaomar said...

oh yus,thanks..if darwisy nangis takleh nak berhenti cubalah amalkan..

GOOD MORNING TEACHER!

 

(c)2009 GOOD MORNING TEACHER!. Based in Wordpress by wpthemesfree Created by Templates for Blogger