Pages

Sunday, November 14, 2010

Kasihnya abah..

Rindunya saya pada abah yang sekarang ni kat Padang Arafah...mudah-mudahan urusan haji ibu dan abah saya dipermudahkan..

Abah saya adalah lelaki terbaik dalam dunia,pandai mengaji tarannum,merdu suaranya bila azan,serba boleh dalam semua perkara,rajin,penyabar dan tidak tersenarai lagi.Abah saya memang sayang pada anak-anaknya.

Kisah 1- Masa saya kerja di Langkawi,saya diserang sakit dada,batuk-batuk dan sesak nafas.Saya telefon abah dan apa lagi..gelabahla dia.Tak lama lepas saya dah sihat,ada parcel dari abah. Bila saya bukak alangkah terkejutnya saya dalamnya ada ubat batuk 2botol.

Kisah 2-Masa saya di Penibong,saya sakit pinggang sampai tak boleh bangun.Saya mengadu kat adik saya,tapi pesan kat dia jangan bagitahu abah. Tak lama lepas tu saya dapat parcel dari abah. Ubat sakit pinggang.....huhuuu..

Kisah 3-Masa saya praktikum di Kuala Pilah.Bulan puasa 2008 abah saya naik bas ke Seremban untuk ambik motor yang saya guna masa praktikum. Saya tak bawak motor sebab takde lesen motor. Kat highway,area Pedas tiba-tiba motor bergoyang-goyang.."Bah!Tayar pancit!!" Masya Allah,panas terik,puasa pulak tu.Tengah-tengah highway lagi.Kami dah buntu taktau nak buat apa.Maka lalulah peronda PLUS,dia bagitahu kat abah yang kat exit Pedas ada bengkel motor.Orang peronda PLUS tu bawak saya naik kereta dia dan turunkan saya kat tol Pedas.2 jam jugaklah saya menunggu abah..risau,sedih,kesian semua ada..

Takdapat saya nak bayangkan abah bawak motor yang pancit tu sejauh 6 km (mungkin lebih) atas highway.Bila dia ambik saya,muka abah rilek je..'jom balik' katanya.Siap singgah Muar beli murtabak Singapore untuk bukak puasa. Baliknya,3 hari saya kene duduk beralaskan bantal sebab sakit punggung hahaha..

0 comments:

GOOD MORNING TEACHER!

 

(c)2009 GOOD MORNING TEACHER!. Based in Wordpress by wpthemesfree Created by Templates for Blogger