Pages

Friday, November 26, 2010

Apabila majlis tahlil pun mengupah orang lain..

Kepadanya kita datang..kepadanya kita kembali..
Entri ini adalah kesinambungan entri sebelum ni (yang pasal mengaji Al Quran tu)
Ya..entri ini ialah entri yang benar dan berlaku di depan mata saya dan saya tak pasti adakah berlaku juga di tempat lain..

Sekiranya ahli keluarga kita tak tahu membaca Al Quran apatah lagi Yassin,jadi bagaimana kita nak membaca Yassin pada majlis tahlil ibu bapa kita?Masya Allah..Adakah semasa jenazah itu sudah ditutup dengan kain batik lepas,kita bersama adik-beradik akan duduk di tepinya sambil menangis dan meratap sampai bengkak mata sebab nak baca Yassin pun taktahu.

Atau kita bersama-sama saudara-mara kita duduk di satu sudut asyik bercerita bagaimana kematian itu terjadi dengan suara yang kuat sedangkan tetamu yang hadir sedang menziarahi dan membacakan Yassin untuk Arwah..Renungkanlah..

Jadi..persoalannya bagaimana mahu menjalankan majlis tahlil?Siapa yang akan membacakan Yassin sedangkan anak-anak Arwah tidak tahu membaca Al Quran atau yassin..Jawapannya ialah memanggil jiran-jiran dan orang Surau.Jelaslah di sini peranan orang surau yang sebenarnya.
Bagaimana kalau kita sekeluarga tak bergaul dengan masyarakat?
Jadi berlakulah mengupah orang Surau untuk menjalankan tahlil tersebut..ada duit semua boleh jadi.Masya Allah.

p/s:Berangan nak anak no 1 jadi tahfiz,anak no 2 jadi atlit,anak no 3 jadi pandai main banyak jenis alat muzik hahaha

0 comments:

GOOD MORNING TEACHER!

 

(c)2009 GOOD MORNING TEACHER!. Based in Wordpress by wpthemesfree Created by Templates for Blogger