Pages

Sunday, November 28, 2010

Apa yang orang selalu bagi masa hantaran kahwin?

Haa...cuti sekolah ni datanglah kad-kad wangi ke rumah..dan bersedialah dengan angpau2 yang berisi (bukan kosong heh) dan juga hadiah-hadiah mengikut bajet masing-masing..(saya kalau dah takde bajet nak beli hadiah,saya bagi angpau je hehehe)

Bila pergi rumah orang kahwin..apa yang kita mesti nak tengok?
Lauk-pauknye?
Temanya kaler apa?
Pelaminnya?
Goodie bagnya?
Bilik pengantinnya?
Dulang hantarannya?

Bercerita pasal hantaran,macam-macam yang kita tengok kan?Kalau orang dulu-dulu,gubahannya kemain lagi mak oii.Kain telekung dilipat sana sini jadi burunglah,sejadah dipusing kiri-kanan jadi kipaslah..macam-macamlah. Zaman sekarang lipat-lipat,letak dah siap!Ada yang lagi best tempah je,sediakan je barang dan ongkos..habis cerita.

Apa yang nak di share ialah apa yang orang selalu bagi masa hantaran kahwin..So biasanya ialah.......
pic rembat dari google image

1) Sejadah / Telekung / Kain Pelekat

2)Beg dan kasut

3)Perfume / Set mandian

4)Jam tangan

5)Coklat dan kek


Pada saya ni semua biasa-biasa je..Apa kata pada majlis anda ,(ermm majlis saya taktahulah macamana nanti hehe) buat yang luarbiasa sikit..contohnya..

 pic rembat dari google image

1)Jeans Levi's 2 pasang atau lebih (fuhhhhh..syok!)

2)5 pasang baju kurung siap dijahit (waahh..stok seminggu tu)

3)GPS (saya suka sebab selalu salah jalan)

4)5 jenis jam loceng (bagi kes yang liat nak bangun tidur)

5)Baucer membeli-belah (Giant,JUSCO,The Store,KFC,Pizza Hut etc)-untuk waktu kesesakan

Huhuuu..suddenly lost idea pulak..

p/s:Dulu dengan roomate masa UPM berangan nak jadik wedding planner,berangan jela..=p

2 comments:

Tilam said...

aku pun dah jemu dengan facebook.rasa nak post kat wall benda2 penting atau tgh boring sesangat je

norinaomar said...

tulah..kita memang jenis cepat jemu kot

GOOD MORNING TEACHER!

 

(c)2009 GOOD MORNING TEACHER!. Based in Wordpress by wpthemesfree Created by Templates for Blogger