Pages

Tuesday, November 23, 2010

Ajar mengaji Al Quran..perlu keras atau lemah-lembut?

Rutin saya setiap malam..bukan bagus sangat pun saya ni..sikit2 bolehlah..
Kisah 1
Masih teringat masa kecik-kecik dulu,saya diajar mengaji oleh ibu selepas arwah datuk (saya panggil arwah Bapak) meninggal. Ibu secara automatik menjdik cikgu mengaji saya.Ada orang kata tak elok belajar mengaji dengan parents sendiri ..tapi entahlah saya rasa pendapat tu langsung tak boleh diterima pakai..
Pengalaman mengaji saya dengan ibu?Wahhh...amazing!!Dia akan memastikan wayar cerek letrik dan hanger ada di sebelah saya.Kalau takde dua benda tu,kayu api sebatang pun jadik asalkan boleh digunakan untuk menyebat..Ganas kan?
Dan yang paling best,kalau dia ajar saya tapi saya masih tak dapat-dapat lagi,saya akan dimandikan di pelantar dapur dengan baju-baju sekali. Lepas mandi disuruh tukar baju dan sambung mengaji lagi...Aduss..maka mengajilah saya dalam keadaan teresak-esak dan sedu-sedan..
Tapi bila difikir semula,kalau dia tak buat macam tu,mungkin saya tak dapat mengaji sebaik sekarang..So terima kasih Ibu..

Bila saya dah besar saya mula terfikir adakah kaedah seperti itu boleh diteruskan atau pendekatan yang lebih lemah lembut perlu digunakan..Bila saya lihat zaman kini masih ada kanak-kanak dan golongan dewasa yang masih tidak tahu membaca Al Quran saya jadi sedih.Bukan saya mahu membangga diri tapi saya rasa masih belum terlambat bagi rakan-rakan di luar sana untuk belajar membaca Al-Quran asalkan usaha dan bersemangat tinggi.

Kisah 2
Saya teringat seorang rakan saya Adi seorang graduan UIA..kami berkongsi pendapat tentang membaca AlQuran.Bapanya tidak tahu membaca AlQuran tapi disebabkan ibu Adi ni pandai membaca Al Quran maka bapanya berusaha bersungguh-sungguh untuk belajar sehinggakan sekarang beliau menjadi guru mengaji dan bacaannya lebih baik dari ibunya.Subhanallah..

Ada lagi beberapa kisah di sekeliling saya yang membuatkan saya rasa sedih dan mendoakan yang terbaik untuk mereka.Dan saya juga terfikir jangan lah kita jadi anak yang tak mampu membacakan Yasin kepada Ibubapa kita sekiranya mereka meninggal dunia kelak..Masya Allah.

0 comments:

GOOD MORNING TEACHER!

 

(c)2009 GOOD MORNING TEACHER!. Based in Wordpress by wpthemesfree Created by Templates for Blogger