Pages

Thursday, October 21, 2010

Kisah Peniru yang Kurang Bijak

Kisah yang diceritakan oleh Kak Long saya ni betul-betul menggelikan hati..Adapun kisahnya begini..suatu hari kakLong saya meminta anak-anaknya Along dan Angah buat revision Bahasa Melayu..maklumlah sekarang kan musim periksa..maka disuruh mereka buat latihan di dalam buku kerja..
Kemudian tibalah sesi menyemak,'hmmm..terror jugak anak aku si Angah ni,(angah ni taklah berapa cemerlang sangat kalau nak dibandingkan dengan Along)" kata Kak Long dalam hati. Tanda punya tanda nampaknya semuanya betul.

Kemudian,tibalah soalan subjektif..Dan tibalah satu soalan di mana berbunyi begini,
Beri maksud perkataan berikut:
1. cuci = basuh    ----->ok betul (bangga betul muka Kak Long saya
2. cerdik = pandai -------> betul lagi (bertambah kembang lobang hidung dia)
3. ajar = didik / bimbing.........aik macamana budak ni tau ada 2 jawapan,siap buat slash ( / ) lagi. Terdetiklah hati Kak Long nak selak jawapan belakang..Maaakkk aii!! sebijik bijik sama!!Kantoilah kat situ.Bila disergah dan dikantoikan boleh pulak tersengih-sengih si Angah ni,sabo jelaaaaa....

p/s:Jadilah penipu yang bijak,hehehe ehhhhh saya tak ajar korang menipu tau!=)

0 comments:

GOOD MORNING TEACHER!

 

(c)2009 GOOD MORNING TEACHER!. Based in Wordpress by wpthemesfree Created by Templates for Blogger