Pages

Sunday, August 8, 2010

Tips menjaga rumah semasa kita tiada di rumah (betul ke ayat ni?)

Hahaha..semalam saya Home Alone..Seram jugak sebab satu deret kat kuarters ni semua penghuninya tiada kecuali saya sorang.Jangan merepek Cik Noi,sila straight to the point!

Ok sebenarnya nak share tips sikit kalau kita tinggalkan rumah kosong,bahaya ni kalau rumah kosong dan mengundang pelbagai perkara..Nauzubillah mintak dijauhkan..Sebabnya bilik saya dah dimasuki seseorang dan saya kehilangan duit (yang tak seberapa banyak)..dan saya terus buat benda-benda ini supaya ia tak berulang lagi..

1. Jangan padam lampu..biarkan lampu menyala,2,3 lampu cukupla..

2.Kalau tak sayang bil elektrik,sila on kan TV atau radio,biar orang fikir kita ada kat rumah. (Ibu saya selalu buat macam ni)

3.Kunci semua tingkap dan pintu..Untuk tingkap yang berpotensi dibuka dari luar,ikat dengan dawai atau pasang apa-apa saja untuk jadi penghadang,so penceroboh akan ambil masa nak masuk (sesuai untuk rumah papan)

4.Buat perangkap sendiri,contohnya papan yang berpaku-paku dan letak di bawah tingkap atau pintu.Buat banyak-banyak..If nak letak perangkap tikus yang style sepit tu laaaagi bagus!

5.Maklumkan jiran bahawa anda takde kat rumah..Tu lah gunanya jiran kita..

6.Sebelum keluar rumah baca doa mintak rumah kita dilindungi..Tak salah bertawakal selepas berusaha kan?

4 comments:

ila haron said...

setuju pasal dawai tu...dulu bilik ila pun tingkap ikat ngn dawai...rumah lama kan..sekali bila terlupa nk ikat, pencurik masuk lalu tingkap tu...yg peliknya mana dia tau time tu xikat????

^sue^ said...

hihihi.. saya setuju...
kalo tinggal sorang.. mesti saya akan buka semua lampu di rumah termasuk lampu bilik housemate! :)
saya yang biasa tidur tutup lampu ni pun terpaksa juga tidur dgn lampu terbuka kalau sendiri2... :))

Soni Gonzales said...

tambah 1 lagi, bela la kucing utk jaga umah anda. sebab kucing akan mengiau2 kalau dia xkenal org tu.atau mungkin dia akan mtk petolongan dr kawan2 kucing dia yg lain. jika kita tgl umah seminggu la bagus, kucing akan sediakan perangkap berupa tahi kucing serata rumah.huhu

norinaomar said...

tahi kucing tu yang tak tahan,tapi menarik jugak idea kucing tu!!

GOOD MORNING TEACHER!

 

(c)2009 GOOD MORNING TEACHER!. Based in Wordpress by wpthemesfree Created by Templates for Blogger