Pages

Sunday, August 15, 2010

Qalesya Musim Baru

Sekarang ada label baru iaitu Kaki TV..Oleh kerana saya ni memang kaki TV so saya akan update list rancangan TV yang memang saya suka tengok.
OK..untuk memulakan bicara,saya memang suka tengok cerita Qalesya ni..tahun lepas dah ada, dan yang seronoknya tahun ni disambung lagi..Oh begitu kuatnya semangat dan kesabaran budak Qalesya ni..setiap Isnin sampai Khamis pukul 9 malam.kat Penibong ni Terawih habis pukul 9.00 so sempatlah saya tengok,hehehe..


 thanks to astro.com.my
Ini sinopsis dia (copy dari Astro.com.my)

Qalesya (Musim Baru) - Ramadan
Qalesya bekerja sebagai pembantu am di sebuah sekolah di Kuala Lumpur, menggantikan tempat ayahnya, yang sedang sakit. Di sekolah itu, Qalesya turut mencuri peluang untuk belajar di luar kelas. Di samping itu, Qalesya turut mengajar mengaji secara separa masa untuk mendapatkan wang tambahan. Semuanya dilakukan demi mencari wang tambahan untuk menampung kos perubatan ayahnya. Namun, kehidupan Qalesya yang sememangnya sudah sukar itu, dibebani pula dengan kehadiran Shakira.
Shakira merupakan anak orang kaya yang belajar di sekolah itu. Shakira benci dan cemburukan Qalesya, kerana pelajar-pelajar lelaki di sekolah itu lebih meminati Qalesya. Masalah bertambah rumit apabila Shakira berkenalan dan jatuh hati pada Mohammed. Selepas mengetahui sejarah perhubungan Qalesya dan Mohammed, Shakira sanggup melakukan apa saja untuk memisahkan mereka. Akibatnya, Qalesya sentiasa menjadi mangsa bulinya.
Demi persahabatan lama, dan janji mereka kepada Tuan Haji Abidin, Qalesya and Mohammed turut mencuri peluang melawat kawan-kawan mereka di sekolah agama itu. Semasa berada di situ, pelbagai pengalaman dan adventur baru menanti mereka.
Namun, semua pengalaman ini tentu tidak dapat menandingi kejutan yang Qalesya terima daripada Mak Salmah (ibu Shakira). Mak Salmah amat mengagumi bakat dan sikap Qalesya, lalu telah mendaftarkan namanya untuk sebuah pertandingan berunsur keagamaan. Mohammed terus memberi galakan kepada Qalesya sehingga akhirnya, dia berjaya menjuarai pertandingan itu.

0 comments:

GOOD MORNING TEACHER!

 

(c)2009 GOOD MORNING TEACHER!. Based in Wordpress by wpthemesfree Created by Templates for Blogger