Pages

Wednesday, August 25, 2010

Bayangkan takde elektrik 6 hari 7 malam

Pada tanggal 17 Ogos 2010 bersamaan Selasa hingga Ahad 22 Ogos 2010 anda bergelap dan berpanas..Maknanya takde elektrik or bahasa saya dipanggil takde karen..Fuhhhhhh!!! Seksanya mak tuan,sendiri sahaja yang tahu..

Bayangkan juga ketika itu bateri handphone tidak dapat bertahan,lauk dalam peti perlu dimasak semua dengan apa cara sekalipun(direbus,digoreng,dipanaskan berkali-kali) supaya tahan lama..Dan bayangkan juga peniaga yang menjual ikan dan ayam di kampung ni mengalami kerugian..

Itulah yang saya alami minggu lepas kerana angin kuat dan hujan yang lebat mengakibatkan 2 tiang elektrik telah tumbang,sesungguhnya saya trauma!

Yang saya kesalkan,kenapa pihak SESCO sangatlah lembab buat kerja,kalau macam ni keadaannya di Semenanjung angkara pihak TNB,memang sah TNB kena saman..
Tiap-tiap malam saya tidur awal sebab dah gelap taktau nak buat apa..berkotak-kotak lilin dah dibeli,dan syukurlah cuaca tidak begitu panas sepanjang minggu.

p/s:dalam gembira bila hujan lebat,bimbang jugak sebab tiang kerap tumbang ...aduhhhh

0 comments:

GOOD MORNING TEACHER!

 

(c)2009 GOOD MORNING TEACHER!. Based in Wordpress by wpthemesfree Created by Templates for Blogger