Pages

Sunday, August 15, 2010

Api

Masya Allah..semalam saya telah terselamat dari 2 kejadian api..

1) Semalam berkobar-kobar nak masak sup tulang rusuk..wahh sejak pukul 12 sudah menyiapkan bahan dan merebus tulang..dan seawal pukul 4 sudah siap,maka saya slowkan api dan biarkan ia mereneh seketika..
Ohh Cik Noi telah terlupa menutup api,dan terus keluar rumah pergi ke gerai kak Rohani untuk mebeli kuih,dan paling gembira ialah ada KARIPAP!!Seringgit 5 biji,intinya sedap sekali..berbual-bual dan melepak2 di gerai itu dan terus pulang ke rumah pada jam 5 petang. Bukak je pintu, asap penuh 1 rumah dan bau hangit..MASYA ALLAH,saya betul-betul terlupa pasal saya tak tutup api..Kalaulah saya tak perlahankan api,mesti dah lenyap rumah saya dan rumah Ustad..huuuuuu (T_T) saya sedih sebab kempunan nak makan sup tulang tapi bersyukur sebab tak ada perkara buruk berlaku.

2) Bangun pukul 4 pagi untuk sahur gelap semacam dan nyamuk menggigit-gigit..rupanya takde elektrik.So bersahur macam biasa dan pasang lilin atas bekas gula.Biasanya saya padamkan lilin tu,tapi pagi tadi saya biarkan je sebab gelap.Sumpah saya tak ingat yang bekas lilin tu made from plastic..maka bangun pagi dengan rasa takde pape tengok beks gula tu dah cair,dah macam arca apa entah,dan kalaulah bekas gula tu takde gula,makanya ia mungkin akan membakar meja dan seterusnya.......seterusnya oh TIDAAAKKK!!!
p/s: NOI,JANGAN JADI PELUPA LAGI!Tak berani nak cerita kat ibu sebab nanti dia risau..

2 comments:

Soni Gonzales said...

nak kena dia ni.bahaya tu.bacaa cerita ni pon da seram tau!! len kali jgn buat cenggitu lagi tau!!

norinaomar said...

huhuu sonigonzales,tula citernya,betul-betul kena beringat lepas ni

GOOD MORNING TEACHER!

 

(c)2009 GOOD MORNING TEACHER!. Based in Wordpress by wpthemesfree Created by Templates for Blogger