Pages

Saturday, July 17, 2010

Kanak-kanak Memang Suka Bermain..

 Recent psychological research indicates that we learn best when we're “playing,” not when we're “working.”

Memasuki kelas Tahun 2 Jumaat lepas merupakan period yang menyeronokkan untuk hari itu..Kenapa saya berkata demikian?Memang nature kanak-kanak suka bermain,tetapi ada batasannya..jika kita tak dapat nak kawal keterujaan mereka dah tentulah objektif tak dapat nak capai..
Hari Jumaat lepas mood saya ok,mood Tahun 2 pun ok (rasanya diorang ni tak pernah mood tak ok,bateri asyik full aje).

"Teacher taktaulah nak ajar apa hari ni.."kata saya.(Padahal dalam lesson plan dah tulis aktiviti hari Jumaat ialah 'Reading Session'.
"Teacher bacalah buku cerita!" kata Jikhwan.
"Teacher tak jumpa mana entah buku teacher," saja mengacah budak-budak ni.Saya pun terus switch plan dan decide nak main Hangman haritu,terus saya buat table markah atas blackboard,apa lagi menjerit-jerit diorang,"Main kuiz Teacher!! Main kuiz!" kemain seronok betul.

Lalu sesi permainan Hangman pun berjalan lancar,sampai ada yang cakap,"Teacher,lau Jumaat mei boh baca buk ha Teacher,plik kuiz mak (kalau hari Jumaat tak payah baca bukulah Teacher ya,kita main kuiz saja," saya pun terus tidak berjanji "ikut mood sayalah,kalau mood ok kita main kuiz,kalau mood tak ok kita buat latihan 100 soalan,kalau kamu naughty terpaksalah Teacher bagi latihan banyak-banyak sampai pengsan",apa lagi,masing-masing mula janji nak jadik baik..yelah tuuuu.

Nak melayan kerenah budak-budak terutamanya Primary School,cikgu mesti kreatif,cepat berfikir dan tak boleh bersandar pada lesson plan semata-mata..permainan,kuiz,pertandingan dalam kelas perlu sebab lumrah kanak-kanak memang suka bermain tapi guru mesti meletakkan syarat sebelum permainan dijalankan,kalau takde syarat alamat porak perandalah..saya bukan bagus sangat dalam hal mengajar ni tapi hanya nak berkongsi idea dan cerita..

2 comments:

yusri said...

Yer Noi memang budak budak suka permainan...dan permainan ada unsur pelajaran memang di galakkan untk di aplikasi oleh guru untuk mempelbagaikn corak mengajar dan menarik minat murid kepada kita...

Noi add la blog aku ni...aku tukar pakai blogspot...mula dari kosong...

norinaomar said...

wahh..sudah tukar ka macha....okeh i will follow you!

GOOD MORNING TEACHER!

 

(c)2009 GOOD MORNING TEACHER!. Based in Wordpress by wpthemesfree Created by Templates for Blogger