Pages

Thursday, July 22, 2010

Kalau murid asyik hilang atau tertinggal buku tulis..

"Okay class,take out your E 1,and copy these notes"
"Teacher,saya lupa buku saya.."
"Teacher,buku saya sudah hilang!"

Ohhhh...sangat menyampah dengan situasi ini.Masalahnya asyik budak yang sama selalu hilang buku,tertinggal buku dan tak jumpa buku.Pernah saya belikan dan lepas tu kejadian yang sama berlaku..Naik lemak betul budak ni..Grrrrr...

Makanya,saya mulalah mencari idea yang saya sendiri tak penat dan budak tu pun tak kena marah..

Ada 3 cara yang saya kira sangat berkesan..

1. Beri buku baru (yang 120 mukasurat),wrap elok-elok dengan plastik..kalau ada wrapper kertas then balut lagi dengan plastik laaagi elok!(teringat zaman sekolah-sekolah dulu kalau masuk tahun baru je mesti nak wrap buku,zaman sekarang macam dah tak ada pulak trend wrap buku tulis ). 
Pesan kat tuan punya badan,lepas tulis bagi Teacher yang simpan.Letaklah buku tu dalam kabinet kita atau atas meja kita..Gerenti tak hilang dan kita pun tak sakit hati. Tapi kene bagi amaran kepada yang lain-lain jugak sebab karang yang lain pun menyibuk nak kita simpankan buku dia.

2. Yang tak bawak buku tu,setiap kali dia tak bawak bagi dia tulis atas kertas a4 then kumpulkan koleksi harta karun dia tu dalam satu fail..Tapi bukan bermakna dia sentiasa tak ada buku..Hanya ketika bukunya tetinggal sahaja..So,dengan cara ini kita tak payah pening-pening nak keluar modal belikan buku tulis untuk diorang tu..Kertas a4 boleh ambil kat ofis hehehe...

3. Setiap kali habis menulis,semua buku tulis dikumpulkan dan ditinggalkan di sekolah samada di atas meja saya atau meja khas di dalam kelas.Esoknya,jika mereka ada latihan menggunakan buku tersebut,mereka ambil semula dan mengumpulkannya kembali. Tapi dengan syarat,murid lain tidak sesuka hati masuk ke kelas tersebut di sebelah petang atau masa cuti.Kebetulan pula sekolah saya ni budak-budak tak mengusik barang dalam kelas,so selamatlah.

Cadangan saya ni bukan cadangan yang terbaik. Setakat ni saya guna idea yang pertama dan ketiga dan memang berkesan,mungkin sebab bukunya diwrap kemas dan cantik.Dan sekarang mereka bawak balik ke rumah buku tulis tu dan setiap hari mereka bawa semula ke sekolah..Pelik betul,boleh pulak ingat nak bawa..
Idea yang ketiga pun sangat positif sebab saya tengok sendiri lepas mereka habis menulis dan buku disemak,automatik mereka akan letak buku di meja khas tu.Syabas untuk diri saya!

Sekiranya rakan-rakan ada cadangan lain atau pengalaman lain,bolehlah share kat sini ya!

2 comments:

Soidah said...

uik... berkesan aaa idea ko..leh ikutin...

norinaomar said...

Lepas ni aku share macamana nak handle budak asyik tinggal stationery pulak..

GOOD MORNING TEACHER!

 

(c)2009 GOOD MORNING TEACHER!. Based in Wordpress by wpthemesfree Created by Templates for Blogger