Pages

Sunday, July 25, 2010

Anggaplah Bukan Rezeki Kita..

Topik saya kali ini bertajuk 'Anggaplah Bukan Rezeki Kita'..Kenapa saya berkata sedemikian?

Kisah sadis pada hari ini berlaku pada kawan saya,Madihah. 

Pagi tadi kami membeli sayur-sayuran kat Tamu Nyelong,dan sememangnya seronok ke sana sebab sayur-sayurnya murah,besar-besar dan banyak.Alkisahnya,Madihah ni letak beg sayur dia kat lobi hotel ni,bersama-sama dengan beg orang lain yang letak kat situ.Kemudian,bila kami turun semula tengok beg sayur Madihah dah hilang!Huhuuuuu..macam patah hati je dia,sian pun ada.Banyak sayur dalam tu termasuk siput sedut 3 bungkus..

Nak ikutkan banyak perkara yang berlaku dalam hidup kita yang sering kita melepas..contohnya hutang yang tak dibayar,duit yang tercicir,beli barang tapi barang tu hilang,pergi jauh-jauh semata-mata nak cari sesuatu tapi barang tu dah tak ada,semua ni berkaitan dengan rezeki..Dan kita harus anggap itu bukan rezeki kita.Dalam kes Madihah ni,nak salahkan dia pun tak boleh jugak,nak salahkan yang ambik beg tu pun tak boleh jugak.

So,tabahkan hati walaupun perit.....Selamat Menyambut Ramadhan!

p/s:Tak sabar nak pergi Terawih =)

0 comments:

GOOD MORNING TEACHER!

 

(c)2009 GOOD MORNING TEACHER!. Based in Wordpress by wpthemesfree Created by Templates for Blogger