Pages

Friday, June 4, 2010

Hidup ini ialah Qada' dan Qadar Allah

Percaya pada Qada' Dan Qadar Allah ialah satu daripada rukun iman yang kita wajib percaya. Saya sangka saya kuat mengahadapi situasi ini setahun yang lalu dimana saya langsung tidak menitiskan airmata dan berjaya melupakan kesedihan saya. Tetapi setelah mendengar satu cerita terkini pada malam semalam barulah saya sedar yang selama ini saya menahan rasa marah,sedih,dendam,benci itu..

Malam semalam saya tidak mampu tidur kerana dalam fikiran saya seperti dvd yang sedang rewind dan saya tak boleh nak tekan butang Stop.

Saya bersyukur kerana mempunyai Kaklong yang kuat menyokong dan menenangkan saya,adik yang tak jemu-jemu memberi nasihat dan Mr J yang baru muncul dalam hidup saya telah memujuk saya dengan cara yang halus dan tanpa saya sedari dapat menyingkirkan kesedihan...

La Tahzan Siti Norina Omar..mesti kuat dan kuat!

0 comments:

GOOD MORNING TEACHER!

 

(c)2009 GOOD MORNING TEACHER!. Based in Wordpress by wpthemesfree Created by Templates for Blogger