Pages

Tuesday, May 25, 2010

Tangga Gaji DG 41

Saya ada terbaca Mingguan Malaysia 16 Mei 2010 mengatakan gred gaji guru merupakan yang ketiga tertinggi dalam sektor awam selepas jurutera (correct me if i'm wrong).

Ramai yang komplen cikgu kerja rilek,cuti banyak,tengahari dah boleh balik,gaji banyak..Sesungguhnya bila anda dah jadi guru baru anda tau perit maung sakit gembira pahit manis..dan pada saya anak-anak yang saya didik itulah buah hati pengarang jantung intan payung saya!

Yang berminat nak jadi guru,teruskan memohon dengan apa cara sekalipun..
Yang sedang menjadi guru,teruskan impian dan cita-cita demi anak bangsa kita..
Yang sudah pencen jadi guru,syabas dan sampai kita ke hujung nyawa,orang akan tetap memanggil kita 'CIKGU'!
Yang sedang jadi guru tapi bermasalah tatatertib dan menjadi guru 25haribulan , berhijrahlah menjadi yang lebih baik..kat akhirat kita akan disoal..

Saya attached sekali gred gaji DG41,sebagai perangsang semangat dan makluman untuk semua..opps!jangan silap faham ye,saya letak bukan sebab saya jadik guru untuk dapat gaji semata-mata,tapi untuk perkongsian bersama..

11 comments:

guru baru gak.. said...

hi.. saya cuma nak bagitau.. memang betul pun apa yang anda cakapkan.. jadi seorang guru memang orang nampak senang, tapi bila DAH jadi guru barulah orang tau susah senangnya.. patutnya, guru yg 25hb & guru bermasalah sepatutnya jgn dipilih jd guru.. x dpt nak gilap potensi anak2 murid.. kan.. 1 more thing, sesama guru pun jgn le dengki mendengki.. kalo guru p.khas dpt elaun ajar murid2 khas, guru2 biasa jgn le bsng2, sbb guru yg ajar math & sc dlm english, xde plaj guru khas yg bising2.. hmmm, kdg2 sy sndr pun tak faham.. tp apa2 pun horamtilah sesama kita, utk kemajuan anak bangsa juga.. lgpun kemajuan pendidikan bertaraf dunia itu yg kita impikan..

norinaomar said...

setuju!!!semua ke arah tujuan yang sama,yang penting diri kita sendiri..pasang niat yang baik dan kekalkan keikhlasan dalam mengajar..walaupun kita tahu perkara itu bukan senang nak buat..

FS said...

haipp..salam...jadikla guru yg baik untuk diri kita dan anak anak dan keluarga...bukan sng jadik guru..org tak nmpak pun kita balik lewat ptg..tak nmpak kita bwk buku latihan balik rumah tanda..aperpun..all the best...moga kita akan jadi guru yg baik...aper yg kita buat untuk dapat rezeki yg halal untuk family...

Anonymous said...

Hai...sebelum bergelar sebagai seorang cikgu, saya pernah terfikir, jadi cikgu, memang best, sebab nampak rilex memanjang, cuti pun panjang... Tetapi, apabila berjaya bergelar sebagai cikgu, baru diri terasa, betapa beratnya tanggungjawab yang harus di pikul.. walaupun masa mengajar sehinga tengahari sahaja, tetapi di sebelah petang (bagi yang mengajar sesi pagi), guru kena ke sekolah untuk aktiviti ko-kurikulum, kelas tambahan dan sebagainya. Bila balik kerumah pula, RPH mesti di siapkan(perlu setiap hari), hasil kerja murid harus di periksa. Jumlah murid pula, bukannya 1 atau 2 orang sahaja. Kalau kena yang bilangan muridnya mencecah 40 ke atas dalam 1 kelas, lagi pening kepala...Perangai murid pula bukannya sama...10 orang murid, 10 perangai murid yang berbeza - beza.. Tekanan yang diterima pula adalah lebih tinggi..Bila cuti sekolah pula, guru - guru akan di panggil untuk berkursus, mesyuarat dan sebagainya. Kalau nak tahu bagaimana kehidupan sebagai seorang guru yang sebenarnya, jadilah guru.

SelendangBiru said...

Assalamualaikum :)
Saya jumpa blog ni sebab cari 'kod gaji DG41' untuk buat tugasan KISSM. Posting mungkin dapat bulan 8 ni. Saya kagum dengan orang yang jadi guru sebab nak berbakti kepada anak-anak bangsa. Masa saya belajar memang berkobar-kobar, tapi bila praktikum (sekali sahaja), pengalaman saya tak sebaik yang diharapkan dan saya terus hilang minat. Mungkin saya akan berusaha cari bidang yang lebih sesuai untuk saya, tapi sementara saya jadi cikgu saya akan cuba buat yang terbaik.

g0m0k9enDek said...

mak: alahai... aku ingat ank ak jadik cikgu balik kul 5.. rupanya macam keje pejabat overtime juga.. pkol 5 6 baru balik.. sigh~


renung2kan dan selamat beramal!

Anonymous said...

saya masih lg dlm PISMP..lagi setahun INSYAALLAH akan posting..saya keliru dengan gaji pokok P1, P2 dan P3..apakah kelayakan untuk P1, P2 dan P3?? dan apakah perbezaannya dari aspek skop kerja??

Benar...menjadi guru mestilah ikhlas..setelah 2 kali saya praktikum saya rasa puas bila anak murid saya berjaya menguasai perkara yang diajar. bagi saya, guru yang tidak ikhlas mmg memandang kerjaya guru sebagai satu beban besar. apa yang penting bagi saya kepuasan setelah berusaha mendidik anak murid....

pensyarah ipg said...

biasanya terus ke p4 jika kita dpt ijzah kepujian. p1 2 3 tu jk tak dpt hons.

Anonymous said...

kome pernah ke tgk pensyarah dh bekerja?di sini saya listkan (nama je Pensyarah ye):
-hakiki 16jam sminggu ngajar(besa 19jam)
-penyelia makmal
-sampingan:jg trafik ms konvo, angkt kotk ms pedaftaran, pastikn budk xfail, kena bg repot jika budk fail, urusetia prog, bw budk utk prog luar, koko, pastikn budk dpt keje, dpt praktikal
-keje hakiki tetp 8-5pm
-xmasok kenaikn pangkat:research, penerbitan, sangkutn industri.kalo x buat, takok lama la gaji
-jd bila masanya nk buat itu semua?itu untuk 1org pensyarah yg sy tulih di ats.bukan keje teamwork.tu wajib bg 1org.sedih yg cikgu2 pon pndg keje pensyarah ni hebt sgt.gah kononnya.pdhal cikgu2 ni skim lebih baik.suma gara2 pensyrah ade 6000 je kt msia.tp cikgu 400,000 org.ni semua politik, kaut undi kesayanagn

Anonymous said...

To anonymous : sy pn pensyarah dh, mmg btl kiter pensyarah ni nampak jer gah tp keja..rasernyer truk lg dr cikgu. Kursus pendek wajib ada 60 jam sethun,kalu x cukup skt rendah, kene jg makmal/bengkel (mcm penjg makmal la plak),kalu student x dtg kelas atau 'hilang' kena g cr sampai umah,utk pastikan statusnyer,jd penasht akademijk,pensyarah kelas,kena dtg sabtu ahad utk kursus pendek,stud ct kiter x cuti (ms tu mcm2 la ader kursus la,meeting la), ngajor plg byk 24-28jam,pantau folio pelajar,pelajar praktikal kena g tgk,pastikn diorg dpt tmpt praktikal,kalu stud wat hal kt tmpt praktikal,pensyarh la yg kena sembur dgn manager company, kittg pn kena wat rms/rmm,stud x ckup kena la g wat promosi kt sek/pameran,etc..

norinaomar said...

Ramai juga yang balas komen kat sini..terima kasih diucapkan.Tapi mulai 2012 dah guna SSM baru yang ditambahbaik

betul kata anon kat atas yang kerja pensyarah ..beban kerja tak setimpal dengan gaji..dan pihak yang sepatutnya kena kaji balik.

GOOD MORNING TEACHER!

 

(c)2009 GOOD MORNING TEACHER!. Based in Wordpress by wpthemesfree Created by Templates for Blogger