Pages

Sunday, May 9, 2010

Saya suka makan...

Masa saya kecik-kecik dulu,saya paling pantang kalau pegi jalan dengan family pastu lalu gerai makan..mesti rasa terliur je dan suruh abah berentikan kereta..tapi tak dilayan pun sebab ibu mesti dah bawak bekal siap2..pastu mulalah muncung panjang macam boleh sangkut payung!



Masa kecik-kecik jugak saya paling suka tengok rancangan masak-masak,baca buku resepi dan berlakon sorang-sorang kat dapur main pinggan,mangkuk kononnya dalam rancangan masak-masaklah..hahahaha bile teringat balik memang lucu ah! Masa tu paling fanatik tengok rancangan 'Kuali' kat TV3=p

Sekarang pulak saya paling suka baca blog pasal resepi..citer pasal masak apa hari ni..sebab tu saya suka baca blog Kak Nieza. Kalau rancangan TV pulak of koslah Jalan-jalan Cari Makan.

Bagi saya memasak dan makan adalah satu terapi..saya belajar makan benda pelik-pelik dan explore tempat makan dari abang ipar saya iaitu Abang Ayie..cecehhh promote plak!

Favourite tempat makan:
1) Asam pedas kat Parit Jawa,Muar
2)Mi Bandung Abu Hassan kat Muar
3)Nasi goreng gerai makcik Midah kat Parit Bakar
4)Ayam penyet kat Wong Solo
5)Sup Ayam kat Taman Shamelin Perkasa
6)Secret Recipe
7)Maggi goreng kat Taman Tasik Titiwangsa
8)Nasik Bojari n Nasi Lemak kat Madam Kwan
9)Kerabu kaki ayam kat Taman Batu Muda,Jalan Ipoh
10)Nasi goreng Kampung kat food court UPM depan KTP
11)Kedai Makcik kat Ampangan,Negeri Sembilan
12)Rumah encik Omar bin Marmin....semua yang kat situ sedap n nak pengsan kalau makan!

Tapi masalahnya suka makan pun saya ni kurus melidi je macamana tu?

Sebab tu saya kurus n makin kurus kat kampung ni..sebab takde makanan sedap..tak sabar nak balik....nak food therapy!

p/s:Nak carik soulmate yang kaki makan jugak..yang makan apa saya masak takde byk komplen and suka jugak jalan-jalan cari makan hehehehe ;)


0 comments:

GOOD MORNING TEACHER!

 

(c)2009 GOOD MORNING TEACHER!. Based in Wordpress by wpthemesfree Created by Templates for Blogger