Pages

Tuesday, May 25, 2010

Air pasang besar di Penibong..

Kampung Penibong terletak di Pulau Bruit,kalau anda tengok peta Malaysia,tengok peta Sarawak,ada sebuah pulau kecil,itulah Pulau Bruit.Oleh kerana Kampung Penibong ni terletak dekat dengan laut maka tempat ni akan mengalami air pasang besar (anum ayeng-bahasa Melanau) dalam sebulan sekali atau dua kali.

Time air pasang besar biasanya hujan lebat akan turun,masa ni lah ketam nipah ( Buyo-bahasa Melanau ) boleh didapati dengan meriahnya,dan para nelayan tidak ke laut,ikan dan udang tak ada kata mereka.Dan masa ini jugalah,budak2 kampung ni sakan main air depan rumah mereka.


0 comments:

GOOD MORNING TEACHER!

 

(c)2009 GOOD MORNING TEACHER!. Based in Wordpress by wpthemesfree Created by Templates for Blogger