Pages

Thursday, April 22, 2010

Panduan nak masuk KPLI..


Hari ini entri saya bertajuk Panduan nak masuk KPLI,singkatan untuk Kursus Perguruan Lepasan Ijazah..
urmm...kenapa saya buat entri ini? Sebabnya ini saya  tujukan kepada rakan-rakan saya yang telah menduduki MTEST (ujian KPLI) tapi setelah menyemak keputusan untuk ditemuduga,jawapannya gagal.Bukan nak membangga diri tapi sebagai perkongsian bersama..kan SHARING IS CARING,CARING IS LOVING!


Apa yang perlu?

1) Jika nama dipanggil untuk menduduki ujian MTEST,pastikan anda dah recce,survey & pergi ke tempat ujian.Bunyiknya simple je,sebab ramai yang silap sekolah..

2)Beli Buku Panduan MTEST untuk KPLI dan INSAK - Supaya dapat membiasakan diri dengan soalan(Ada yang tak study pun,datang je ujian then lulus..Tak boleh macam ni,nasib manusia kan berbeza-beza,nasib kita pula?)

3)Jika gagal untuk dipanggil MTEST,angan irau sebab ada rayuan.

4) Ni tips yang paling penting,cuba memohon jadi guru sandaran,guru di tadika,guru di sekolah swasta atau guru di syarikat tuisyen atau guru tuisyen peribadi. Sebenarnya itu ialah KREDIT untuk anda!Trust me 10765%..fuh fuhhhhhhh!Tak percaya?.........~ohh tolonglah percaya!

5)Bila dah dipanggil interview..kira dah sebelah kaki lah tu,buat yang terbaik untuk interview..

Rasanya ini saja yang nak dikongsi..yang paling penting ialah yang no.4..takkan nak terus jadik cekgu kalau kita tak mencuba jadi cekgu di tempat lain,betul tak?
 

8 comments:

duniacikgu said...

komen yang baik..cadanagn saya label tu tukar kepada tips kpli.nanti mesti banyak visitor masuk..x caye? cube ler

norinaomar said...

oohh terima kasih banyak2..

Anonymous said...

salam.. boleh saya tau mcm mana suasana ms hari temuduga tu?? tarikh temuduga saya esok.. nervous la.. huhu..

norinaomar said...

Dear Anonymous,Ada 2 @ 3 panel,make sure bawa semua sijil yang dia minta,susun ikut susunan dalam surat.
2.Jangan tinggal IC
3.Ada 2 sesi interview iaitu discussion dan individu,if u ambil course Bahasa,ada essay writing.
4.Masa discussion jangan malu nak mulakan isu,u boleh kata macam ni "Baiklah,biar saya yang mulakan isu ini','saya setuju dengan pendapat Cik T',dan 'bagaimana pula dengan pendapat yang lain?'
5.Biasanya isu sekarang ialah PPSMI dimansuhkan,memartabatkan BM memperkasakan BI,sekolah berprestasi tinggi dan lain-lain.
6.U boleh promote diri sendiri if ada pengalaman mengajar,walaupun tuisyen sambilan.
7.SENYUM dan kalau tak tahu jawapan terus terang je kata'maaf puan,saya kurang pasti'
GOOD LUCK!

Anonymous said...

kalau ambil subjek math takde buat esei ke.....usualy interview in english or bm...

norinaomar said...

untuk yang amek bahasa je ada esei..e.g bahasa arab,english n BM..math rasanya in BM tapi taktaulah kadang2 ikut interviewer..bila interview?masa sesi perbincangan jangan duduk silang kaki..

elleyayah . said...

salam
sy nk inntrview kplspm 4mei nih
takut lah
cmne ek?
same ke intrview kplspm ngn kpli?
mean,,
flow intrview same je ek?
intrview in malay o english?
sy dpt bm.

norinaomar said...

Lebih kurang sama saja,banyakkan membaca isu-isu pendidikan..interview dalam bahasa Melayu,dan kalau tak silap awak kena buat esei jugak..jangan tinggal semua sijil penting,pakaian pun mesti sesuai..

GOOD MORNING TEACHER!

 

(c)2009 GOOD MORNING TEACHER!. Based in Wordpress by wpthemesfree Created by Templates for Blogger