Pages

Wednesday, April 21, 2010

Pais ikan Kembung

Pernah tak korang makan pais ikan kembung?Maybe ada yang pernah mkn,mabe ada yang tak pernah.Ni resepi dari mana entah yang pastinya ibu saya suka masak ni.
Bangun pagi2 tiba-tiba tekak ni teringin nak makan,so terus telefon ibu mintak resepi(sampai ibuku bebel asal kol je nak resepi,hehe)..daun pisang plak ambil kat kebun orang kampung..senang betul duduk kampung ni!
Tak payah nak bebel panjang2..ni resepi nya.
Pais Ikan Kembung (main campak je)

Ikan kembung - 5 ekor atau lebih (ikut saiz perut)
Cili kering - 10 tangkai (kalau nak pedas lebih lagi)
Bawang merah - 4 ulas
Bawang putih - 3 ulas
Halia - 1 inci
Air Asam jawa- ikut citarasa tapi airnya buat pekat-pekat
Garam,gula n Wak Aji
Daun pisang yang dah dilayur(aku taktau perbuatan tu nama apa tapi aku panggil layur - layukan kot
Lidi
Macamana nak buat?
1)Layurkan daun pisang.
2)Blend cili kering,halia dan bebawang
3)Gaul bahan kisar , garam,gula,Wak Aji dan air asam jawa yang pekat tu semua dalam mangkuk besar.
4)Masuk ikan kembung,gaul.
5) Susun ikan dalam daun pisang dan bungkuskan kemas-kemas.
6)Masukkan dalam kuali kosong dan tutup,bila daun pisang dah agak hangus,terbalikkan dan boleh diangkat.

Happy trying,sedapp gerenti tambah nasik punya lah!

2 comments:

walasapalagi2008 said...

salam
sekadar nak berkongsi cara saya pun hasil my late mum's style

campurkan dengan sedikit serai dan beberapa hirisan lengkuas- ditumbuk then just add daun kesum n daun kunyit menambahkan aroma daun dgn ikan
saya tak guna mak haji -suma pandai balance gula dan garam....baik utk kesihatan

norinaomar said...

wahh,terima kasih ye

GOOD MORNING TEACHER!

 

(c)2009 GOOD MORNING TEACHER!. Based in Wordpress by wpthemesfree Created by Templates for Blogger