Pages

Sunday, April 18, 2010

Kek Coklat try kali kedua..berbaloi2~

Assalamualaikum..

Hendak seribu daya,tak nak seribu dalih..
Yang sebenarnya quite frust dengan percubaan kek coklat yang saya buat awal tahun aritu,entah apa silapnya jadi tak memberangsangkan..

So pagi ni,selepas terlajak bangun akibat on9 yang terlampau saya godek2la blog then ternampak 1 blog ni bile baca segmen geledah dapur kelolaan Encik Ben Ashaari,maka..ternampaklah resepi chocolate cake moist..

Belek punya belek,resepi dia ada lain sikit dari yang saya pernah try,step pon lain,so kreditlah to Puan Tanah,Puan Hann yer..dah try ,best,lembut,cuma saya punya kureng manis.

Sangat happy okey sebab berjaya selepas mencuba kali kedua!
Malas nak bebel,ni dia resepi saya ceduk dari dapurPuan Hann.. tapi saya alter sebab saya guna pengukus....layann!

Resepi Kek Coklat Moist
  • 1 cawan marjerin/mentega
  • 1 ¾ cawan gula (saya alter kepada 2 cawan)
  • 3 biji telur
  • 1 ½ sudu teh esen vanilla
  • 1 ½ cawan susu (saya guna susu pekat dan cairkan sikit)
  • 2 ½ cawan tepung serba guna
  • 6 sudu besar serbuk koko
  • 1 ½ sudu teh soda bikarbonat
  • 1 sudu kecil garam
Penyediaan :

  • Ayak tepung serbuk koko, soda bikarbonat dan garam. Ketepikan.
  • Dalam mangkuk yang besar, pukul marjerin dan gula hingga ringan dan kembang (light and fluffy).
  • Masukkan telur sebiji demi sebiji.
  • Masukkan esen vanilla.
  • Masukkan pula tepung yang telah diayak tadi, berselang seli dengan susu. Pukul sehingga adunan menjadi sebati.
  • Tuang ke dalam loyang tadi, dan kukus sehingga kek masak (test dengan cucukkan lidi kat tengah tepung.. kalau dah tak melekat, maknanya masak lah tu..
  • Sejukkan dan boleh letak topping kalau nak.
Bahan-bahan topping :

  • ½ cawan coklat masakan
  • Susu pekat (ikut kesesuaian dan kemanisan yang dikehendaki)
  • 1 sudu besar minyak masak atau mentega
Penyediaan :


  • Campurkan semua bahan di dalam bekas. Masak secara bain marie, atau double boiler. Kacau hingga semua bahan sebati. Dan bolehlah sapu topping di atas kek berkenaan. Boleh juga tabur accessories mengikut kesukaan.


  •  kek merekah atasnya,blasah jelaa
    May I have a piece of it?

    2 comments:

    duniacikgu said...

    sedapnya...

    norinaomar said...

    ni 2nd try..better daripada yang 1st,boleh la tapi takleh nak beat kedai kek ler..huhuu

    GOOD MORNING TEACHER!

     

    (c)2009 GOOD MORNING TEACHER!. Based in Wordpress by wpthemesfree Created by Templates for Blogger