Pages

Saturday, March 27, 2010

Cuti-cuti Kota Kinabalu,Sabah Episod 1..

Hai u olls..skarang ni saya rasa nak balik kampung yang tersangat2,sakit rumah dah ni tapi sempat nk update belog sebab semua orang dah tanya-tanya mana citer pasal KK?semua orang kerr.....


K lah tanpa membuang masa saya nak sharing pasal trip ke KK masa cuti skolah baru-baru ni,balik cuti terus tensi yang teramat sangat sebab letrik tak ada 3 hari then saya dapat demam seseme dan mood pon lari habis.
oooppp bila nak mula citer ni?


Ok ok...


Dari Miri ke Airport KK
Kami naik airasia tambang murah sebab time beli tengah promosi Red Hot!dalam setengah jam je dah sampai,tak sempat nak panas punggung.


Terkesima tengok laut dia


Airport KK
Rupa2nya Airport KK ni ada 2,Terminal 1 dan 2.Kalo flite MAS turun kat terminal 1,kalau Asia turun kat Terminal 2,so kalau tunggu kawan pastikan tau dia naik flite apa okeh,sampai cucu cicit menunggu pon tak jumpa-jumpa!


Maka, sesi melepaskan penat,sesi menghubungi hotel yang telah ditempah,sesi mencarik kereta sewa,sesi mencarik kawan2 lama yang berada kat KK pon bermula!


Bayaran teksi ke hotel di Kampung Ayer: RM 30


Wajib kutip benda alah gini...
1.Hotel
Kami berempat stay kat Hotel Kingstar di Kampung Air.Hotel baru rasanya sebab kami search kat internet tak ada website,ni pon mintak kat kawan,so thanks a lot to Encik Faried Haron.Kat town KK ni banyak betul otel dari takde bintang sampailah hotel yang berprestij.I strongly suggest untuk stay di Kampung Air lah sebab banyak otel bajet kat cni,nak g pasar malam yg dibuka tiap2 malam pun dekat,nak g Maybank pon dekat,nak pegi kedai makan pon dekat.Yang penting dapat tido..


Rate Hotel Kingstar:
Katil double - RM 65
Katil single (2 buah) - RM 75
Family room (1 double bed + 1 double decker bed) - RM 100(first time jumpa katil dabel deck dlm otel,hehe)


Telephone : 088-231598

2. Shopping
Nak shopping apa pun tak brape eksaited sangat sebab barang-barang kraf pun lebih kurang macam kat Kuching,so i just beli yang cantik di mata i lah.Butang baju melayu,key chains 6 untuk RM10 dan brooch untuk kaum pompuan. Kat town KK ni ada 2 tempat pasar malam yang buka tiap2 malam sampai pukul 12. Satu kat Kampung Air belakang hotel kami ni,satu lagi kat Sinsuran rasanya,dekat dengan pasar Filipina.

Kat cni shopping mall dia imitate kat KL,for marketing purposes e.g Suria KLCC-Suria Sabah,KK,KL Times Square-KK Times Square,One Utama KL-One Borneo..tu jela yang saya ingat,Tapi kami tak pegi pun tempat2 ni,nk buat apa..sama je ngan KL.

So,tempat shopping yang femes are:
i-Pasar Kraftangan -jual pearl,handicraft,Tshirt.Ramai yang beria-ia nak g sini tapi saya memang tak berkenan sangat sebab panas + sesakkkkk + sempit.
ii-Pasar ikan masin-sebelah je dengan pasar kraftangan ni,tak pegi pon,sebab rasa tak ada apa yang nak dibeli.
iii-Pasar Malam-haa..kat cni baru best kalau nak beli apa-apa,sebab open air,boleh bargain tapi barang tak brape banyak as compared to Pasar Kraftangan.Siap ada toilet lagi.Macam tau-tau je.
iv-Pekan Nabalu(on the way to Kundasang)-ada mcm small bazaar lah kat sini,banyak handicraft ala Borneo,aman sikit kat sini,tak hectic mcm kat town KK.


3. Makan
Fyi,kat town KK ni saaaangat manyak kedai mamak,so sapa yang 'kipasusahmati' kedai mamak bolehla tersenyum lebar.Kami taklah beria sangat ngan kedai mamak ni tapi bedal jelaa.Untuk dinner je kami carik tempat lain.
U ol boleh g pasar Filipina,ada macam2 makanan jual kat ctu tapi taklah murah sangat,situasinya macam makan kat pasar makanan yang open air..banyak asap sebab ada jual ikan bakar,sutun bakar,udang bakar,ketam bakar..ada gak gerai yang jual mihun sup etc tepuk poket,tanya perut nak makan apa.

Selain tu,boleh jugak makan kat Plaza Tanjung Aru,jauh sikit dengan town,kene berkenderaan kalau nak ke sana.Kat sini aman damai sikit,makanan pun macam-macam sampai naik juling.

Kalau nak lunch,boleh makan kat Restoran Seri Malindo kat kawasan Api Api,tak jauh dari Kampung Air ni,adala 1 kali 15minit,hehehe.

Lain orang,lain seleranya..tapi dont worry kalau kat KK ni senang je nak cari makan!

Harga makanan kami ni RM 70 termasuk nasi putih-5,dan macam2 jenis air.Boleh la..

4. Snorkelling @ Mamutik,Manukan and Sapi Island
Saya ni pantang tengok laut dan pulau.Memang tempat percutian yang paling disukai.Boleh ambil boat trip sahaja,snorkelling,scuba diving pun ada.Jangan lupa bawak makanan untuk tengahari sebab kat pulau-pulau tu susah nak cari gerai makan,kalau ada pun sangat tak berbaloi.So,tapau jela.
Kami dapat harga yang quite mahal tapi malas nak pikir banyak,yang penting enjoy!
Catar Boat rate + guide + snorkelling equipment rent =RM 400 (share 4 orang)

Ilang plak gambo yang saya amek untuk rate bot ni,beliakkanlah mata tu ye..

                                     


5.Tentatif
Hari 1-Kami sampai KK pun dah lambat,area pukul 4 macam tu,flite pun delay so agak rugi masa.Lepas check in,g jalan ke Jesselton Point,book bot untuk snorkelling,makan dan cari barang untuk program hari esok.

Hari 2-Snorkelling Day!Pulau Mamutik,Pulau Manukan dan Pulau Sapi.Habis aktiviti pukul 4 lebih then jalan dari jeti ke pasar Filipina untuk makan sebab masing-masing dah laparrr.

Hari 3-Jalan berilmiah ke Monsopiad Cultural Village..Then amek kereta yang disewa,tapau KFC and trus set GPS ke Kinabalu Park.Puas amek gambo kami check in kat D'Villa Rina Ria Lodge.Malam plak gagahkan diri berjalan-jalan ke Ranau and patah balik ke lodge.

Hari 4-Pas breakfast trus check out,pergi ke Desa Dairy Farm,Kundasang War Memorial,Mensilou Nature Park,lunch di Pekan Ranau,Poring Hot Spring,dan Kinabalu Park lagi.Trus ke Plaza Tanjung Aru untuk dinner.
Malam baru dapat beli barang kat pasar malam sebab tentatif penuh sangat tak dapat nak selit aktviti membeli beli.

Hari 5-After brunch kat Restoran Seri Malindo,kami pergi ke Teluk Likas,tengok pantai.Tak dapat nak jalan sangat sebab flite saya jam 1230.huhuu Insya Allah akan repeat lagi ke KK!

banyak lagi nak share..to be continued...zasss!

2 comments:

mR B said...

HI saya menawarkan perkhidmatan sewa kereta kat kota kinabalu dengan harga berpatutan ..Myvi auto 1.3 RM120 sehari .. saga blm auto RM120 ,nIssan Urvan 14seater RM350 sehari ambil lebih dari 3 hari boleh discount sila buat booking awal ya.. 0138999242 brandon.. or website kami kat www.kkrentacar.com

Miss sHa said...

rugi xpi pasar ikan masin tu noi...ikan bilis terbaikkk...hehe

GOOD MORNING TEACHER!

 

(c)2009 GOOD MORNING TEACHER!. Based in Wordpress by wpthemesfree Created by Templates for Blogger