Pages

Thursday, January 14, 2010

Hadiah untuk Pengantin..

Assalamuaikum u olls..
Saya tau u ol mesti pening kan kalo didatangi kad wangi..(kad kawenla)..
Saya sendiri pening ,pening yang pertama,cane nak pergi kenduri dia ni,jauh sangat,atau tak ada membe atau takde kereta nak pegi(bagi yang macam saya la,bujang + no transport).Yang kedua,hadiah apa nak bagi eh..

Cerita bab hadiah orang kawin ni,dah macam-macam hadiah saya bagi kat pengantin,Baik yang murah atau yang sederhana mahal dan yang mahal.Dan kita tak pernah terfikir yang mungkin hadiah kita tu bersamaan dengan hadiah 30 org yang lain.Jom kita bayang kan kalau kita bagi set cawan dan 20 org lain pun beri hadiah yang sama,jumlahnya sebanyak 21 set cawan atau gelas yang berbilang warna,jenis dan ketinggian..dan akhirnya berlakulah lambakan set cawan sehinggakan pengantin terpaksa beri kepada pengantin yang lain pula hehe(based on real experience)..


gamba kawen yus n yana(sekadar gambo hiasan)

Senarai top 5 hadiah kahwin (siapa yang setuju sila angkat tangan ye)
1)Set cawan atau gelas
2)Album gambar
3)Seterika
4)Blender
5)Mangkuk besar atau pasu kaca..ala2 barang perhiasanlah

Tak salah nak bagi barang-barang di atas,tapi apa salahnya ikut tips di bawah:

1)Berkongsi-ada yang suka berkongsi sebab kalau kongsi boleh dapat hadiah yang mahal dan berkualiti 
   Contoh : share 7 org,seorang rm 100 dah boleh dapat RM 700,boleh beli peti ais u..jimat duit pengantin.Bak kata orang SHARING IS CARING,CARING IS LOVING..

2)Tanya tuan punya badan-tanya sendiri pada pengantin,hadiah apa yang dia nak.Lebih mudah,kan?Ini untuk kawan rapatlah..

3)Cadar-Bagi hadiah cadar ni bagus sebab kadang-kadang kita sendiri nak beli cadar pun tunggu cadar dah lusuh atau dah tak ada spare baru nak beli.Make sure cadar tu yang saiz queenlah kan,takkan single fitted kott.

4)Thermo pot-Sekarang saya dah mula suka nak bagi orang thermo pot.Praktikal dan tak terlalu mahal.

5)Album gambar-Biasanya photographer buat custom album dan print gambar tertentu je.Masih ada gambar dalam CD yang tak di print,so album gambarlah sangat diperlukan ketika ini.

6)Periuk-Periuk Cap Buaya saya pernah bagi kat sorang kawan saya ni.Taktaulah dia suka ke tak hadiah tu.Sebab dia kata dia nak masuk rumah baru so saya imagine rumah dia mesti takde banyak barang dan alat memasak,so kalau dah bagi periuk senang sikit nak memasak.Bagi siap senduk,sudip pun lagi elok rasanya..heheh

7)Sponsor hantaran-Ni baru 1st time saya buat.Saya tak dapat nak attend
   wedding seorang best buddy saya 14.2.2010 ni,sebab tak dapat nak balik
   semenanjung masa tu..Hadiah pun saya tak dapat nak fikir,so tiba-
   tiba dapat idea nak sponsor 1 dulang hantaran.Tapi yang ini kene tanya
   pengantin betul2 sampai dia rasa puas hati..

So ini sahajalah sharing saya hari ini..Tatata..

9 comments:

Fatimah Shukor said...

Noi, aku sukeeeeeeeee entry ko yg ni. Nanti bila ko tau je aku nak kawen ko kena tros tanya hadiah apa aku nak ek? Lagi best kalo che'gu2 penibong tu share duit n beli kat aku peti ais atau washing machine. Yg semi autp pon ok wat... Hahahah

norinaomar said...

Hahaha..masheh2..ye aku dah tanya ko siap2 ni,nk adiah apa cik Timah?kalo besor sangat aku suh ko amek sndr kat kdi aci je eh>

AB KARIM said...

kawan kawan dah jadi pengantin
Noi bila lagi...........ermmmmmm
dengan adik ke...he he he
bagi apa pun nOi asal ikhlas kat yus tu

norinaomar said...

Oppss..ngan adik yerr..hahaha!

Adila said...

ader lg kan cth hadiah yang noi tertinggal..hikhik...

norinaomar said...

Dila..nak bubuh sebenornya tapi mcm tak sesuwaiiiii..hehe

Tilam said...

kalau sponsor pakej bulan madu boleh tak Noi? share ramai ramai..

norinaomar said...

Boleh aje Tilam..bagus gak idea tu kann..

Aujinz said...

nak tanya tuan punya badan tue yang seriau.. sekali dia kata nak rumah sebijik....pengsan.. koh koh koh

GOOD MORNING TEACHER!

 

(c)2009 GOOD MORNING TEACHER!. Based in Wordpress by wpthemesfree Created by Templates for Blogger