Pages

Wednesday, January 13, 2010

Cuti-cuti di Pulau Pangkor..

Assalamualaikum..u ollss..


Saja nak share experience and info pasal Pangkor..pulau yang biase2 je tapi tetap best untuk dilawati(berlagak gila sebab dah masuk kali keempat datang ke Pangkor).


First time g Pangkor - camping di Teluk Segadas (ada small river yang kita boleh ambik bekalan air kat situ,make sure u bring enough bottles okeh). Super best,kitorang rock climbing, kutip teritip,mandi-mandi sambil pakai life jacket sebab taktau swim,masak-masak n nyanyi-nyanyi,nama pon camping kann)
p/s:teringat lagu yang Dol nyanyi untuk abang Ashad iaitu 'The Last Samuri',huhuuu tak tahann.


Preparing for rock climbing

2nd time g Pangkor - dengan my roommates iaitu Sally dan Aida (tapi balik hari je)


3rd time-camping di Teluk Segadas gak.


4th time - YAAAAA YESZZAA!Di pangkor village lah tempatnya,Pasir Bogak.Boleh search kat http://www.pangkorvillageresort.com/. Kami pergi berlapan dari Kg Parit Tengah,Muar Johor ke Lumut.Saya akan cerita kat bawah ni.


Pengangkutan
Boleh naik bas ke Lumut sebab terminal dekat je dengan jeti Lumut.Kami berkereta ke sana,parking di bangunan apa tak pasti tapi selamat di situ,berbumbung dan caj yang kami bayar untuk 3 hari 2 malam ialah RM15++.Ada yang pernah parking di Sekolah cina,dan ada parking RM 10 kat depan jeti tapi tak berapa selamat sebab sangatlah terbuka.


Pakej
Kami ke Pangkor mengikut pakej dari agen,RM 248 sekepala di standard chalet siap makan untuk 3 hari 2 malam. Tapi setelah berbual dengan owner resort tu,beliau suggest better call resort trus sebab lebih murah.


Tiket Feri
Dewasa : RM 10.00,Kanak-kanak:RM 5.00.Perjalanan setengah jam sahaja. Ha..nak pesan,semasa kat jeti janganlah teruja sangat melayan kakak-kakak atau abang-abang yang offer transport atau hotel atau resort,harganya jauh berganda2,memang cekik darah.So,make sure kalau nak ke Pangkor dah book hotel atau resort. Nak sewa transport better buat masa dah kat Pangkor je.



Kereta sewa
Cerita pasal kereta sewa ni memang lucu kalau ingat balik,untuk 3 hari 2 malam kami dapat sewa 2 buah Iswara ala-ala patut dihantar ke lombong,dengan harga RM 120 sebuah.Kalau nak sewa motor,sehari RM30.Polis kat Pangkor pun aim 3 saman je sehari. Kereta tu memang buat hal tapi kami belasah je.


Chalet
Kami stay Standard Chalet,simple dan lengkap,servis 5 bintangs.Ada Family Chalet (betul2 menghadap laut),ada camp site,ada dormitory dan ada Deluxe chalet(twin).


Family Chalet

Makan
Makan memang heaven..Kat Pangkor ni memang femes dengan laksa mee dan Mi Lipat.Kami dapat rasa Laksa Mee masa breakfast hari terakhir,special request gitu.Pakej makan kami bermula lunch first day,3 meals 2nd day dan breakfast on 3rd day.Memang maveles,diorang ni semua suruh saya jadi Dewan Bandaraya(tukang perabih lauk).Dah ambil pakej makan so tak payah kami susah-susah nak cari tempat makan.5 bintangs lagi untuk makanan!

       
Lunch 1st day,terbelalak mata tengok
Water Sports
Ada company water sport dekat dengan chalet ni.Brader yang in charge ni memang sempoi n helpful.Harga memang berpatutan:
Kayak-RM15
Jet ski-setengah jam RM 90
Snorkelling - RM 20 per pax (yang bestnya brader tu siap tunjuk ajar lagi,memang bestlah)

Shopping
Mostly orang datang Pangkor shopping bilislah,sotong keringla,ikan masin,keropok ikan,udang,sotong kering..bla bla..

So ada kilang Sotong kering n benda kering2 ni semua dekat dengan pekan,banyak pilihan tapi berhati-hati dengan tokey yang di kaunter sebab beliau telah sengaja silap kira guna kalkulator(e.g RM 2.90 dia jadi RM 3.00)..so berhati-hati k..
Kalau nak shopping T-shirt ada kedai The Island Shop,servis ok siap diskaun lagi.T-shirt pon design yang latest..

So begitulah sharing moment saya..banyak resort kat Pangkor ni tapi saya memang suggest sangat-sangatlah Pangkor Village Resort ni..
Ok tatata...









5 comments:

yusri said...

aku nak pegi gak nanti..hari 2 tak puas..sebab B I G ..

Anonymous said...

dik,akak plan nk g pangkor with my hubby dis coming weken..
u did mention dat if we call direct to d owner of d resort, we cud get cheaper price rite? cud u share d cntact number?
thanx a lot! =)

They call me Eisyah said...

tolong sms phone no chalet kat pangkor 0123132835

They call me Eisyah said...

tolong sms phone no chalet kat pangkor 0123132835

ak yuyunz said...

as salam..

hi. saya baru baca blog ni bila search tentang pangkor. boleh tak nak dapatkan no phone kereta sewa kat sana?

=)

GOOD MORNING TEACHER!

 

(c)2009 GOOD MORNING TEACHER!. Based in Wordpress by wpthemesfree Created by Templates for Blogger