Pages

Monday, June 17, 2013

Bila Cikgu Cikgu Dah 60 Tahun..

Assalamualaikum semua..selamat hari Isnin.

Nak dijadikan cerita, tadi bersembang-sembang merepek merapu dengan member bilik guru lepas habis kelas..dah pukul 2 lebih masing-masing malas nak balik awal,nak hilang stress mulalah buat cerita mengarut.

Kisahnya pasal kena mengajar sampai umur 60 tahun.

Kitorang yang bersembang ni dalam umur 25-31 macam tu lah. Masing-masing membayangkan kalau ngajar sampai umur 57-60 tahun...(tengah menaaip pun dok terbayang dengan muka berkedut,jalan terketar-ketar)

Apa yang akan berlaku masa tu ialah / mungkin:

1)Kelas dah maju dan pembelajaran secara maya





Kalau betullah pembelajaran macam ni, macam dah rabun nak tengok benda-benda yang ada kat laptop..silap-silap kena pakai cermin mata terapi macam ni tiap masa..mata dah makin tak nampaklah katakan.Hahahaha!!
"Siapa yang bising tuuuuu...." sambil dekatkan mata ke skrin laptop sebab dah kabur-kabur.




 2)Jurujual yang datang ke sekolah

Bila dalam bilik guru majoriti cikgu umur 57-60 tahun, takde dah yang datang jual pakej Ayamas ke, Dominos Pizza ke,jual pencuci lantaike,pastilah yang datang dari produk Polident, penjual tongkat yang ada 3 kaki tu, penjual barang-barang kesihatan....=),almaklumlah golongan sasaran yang tepat!









3)Pinjam diapers

Kalau masa muda-muda ni untuk cikgu-cikgu perempuan pinjam tuala wanita (maaf ye bab ni isu sensitif sedikit),dah masuk umur hujung abad ni lain pulak pinjamnya.

"yelah kan pot pet pot pet...macam tulah..hahahahhahahaha ooopppsss".........terlajak pulak akibat dah tak kuat nak 'ikat'.Senang cerita terkencinglah..masalah biasa bagi golongan ini.
''Pssttt..Senah, ko ada extra tak? Pinjam satu!"





4)Anak murid

Kalau sekarang anak murid tolong kita angkat buku, laptop dan barang-barang...bila dah umur 57-60 tahun, kita mintak anak murid pimpin kita pulak..tak larat nak jalan kan kan kan kan.





5)MC dan CRK (cuti rehat khas)

Kalau sekarang cikgu mintak MC sebab alahan mengandunglah, mintak CRK sebab jaga anak sakit, masalah itu ini, bila dah sampai tahap ni,akan ramailah cikgu yang tak datang ke sekolah. Mana taknya, yang itu kencing manis, yang ni darah tinggi, yang tu gigi reput, yang ni sakit sendi, yang tu darah rendah maklumlah sakit orang tua.


Apapun harapnya pada umur tu aku dikurniakan kesihatan dan ingatan yang baik, masih berpeluang beribadat dengan baik dan bekerja dengan baik. Serius tak dapat nak mebayangkan dan tak pasti sempat atau tidak nak mencecah umur 60 tahun tu. Wallahua'lam.

p/s: Rasa macam dah lama benor tak tengok muka laki sendiri secara live.=)


Thursday, June 13, 2013

Bocah jaman sekarang tak pandai main getah

Assalamualaikum...semua sehatt???????

Saya sehat, 'kacang soya kechil' dalam perut pun sihat dan aktif.Oh ye, cerita pasal 'kacang soya kechil' ni nanti-nantilah saya story ye =) (perasantan je ramai yang tukang baca padahal tak ada pon)

Jap, berkenaan tajuk entri saya nak translate ke bahasa Melayu iaitu berbunyi -Budak Zaman Sekarang Tak Pandai Main Getah.

Jap, nak bagi tengok gambar dulu.

Kalau gambar tak jelas, kasik klik kat gambarnya ye...

Bulan lepas, sekolah saya anjurkan Karnival Permainan Tradisional. Ada baling selipar, ada baling tin, yang paling syok ada lompat getah..ala kita dulu-dulu panggil zero point.
Perghh masa sekolah rendah dulu memang fenomena lah..budak laki lawan budak perempuan.Macam-macam style 'timbang' ada. Memang syoklah..Main ramai-ramai sebelum sekolah agama bermula,tudung dah terbang masa tu.Siap pakai seluar panjang kat dalam kain sekolah semata-mata nak bagi senang melompat.

Balik kepada cerita asal, saya ni jadiklah hakim lompat getah ni (acara ni terbuka untuk murid perempuan sahaja). Aduhhh..kusssss semangat! Urut dada, nafasku tarik sedalam-dalamnya..rupa-rupanya budak sekarang dah tak reti main getah ni. Tengok style lompat lagilah macam-macam pesen.Macam nak terjun, nak terbang pun ada. Cikgu-cikgu ni siap semangat buat demo tunjuk cara melompat, tak dapat jugak difahami.

Sayang betul bila inilah realitinya..bila teknologi dan gajet menguasai permainan kanak-kanak sekarang. 

Apa nak buat?

p/s:Saya bukan champion main getah, kalau dah sampai paras kepala tu guna kaedah 'berenang' atau 'gunting' jelaaaa...hihihi.Tak berapa lampailah katakan.

Wednesday, May 29, 2013

Lunch date with hot ladies + 2 Days 1 Night @ Renaissance KL

Assalamualaikum..bersiaran langsung dari bilik di Hotel Renaissance,KL.Lakiku tengah ngelempus..sayang nak tinggalkan blanket gebu katanya..sukahatilah!

Actually feeling2 je macam orang kaya (mudah mudahan satu hari nanti).Sebagai peminat tegar mudah.my, berjayalah grab 1 voucher stay kat Hotel Renaissance ni RM250 untuk 2 hari 1 malam dengan harga RM250 termasuk breakfast. Dah lama tak spend time dengan Mr J kat hotel so ni lah masanya sebab kebetulan saya cuti sekolah dan dia cuti semester 1 minggu.

Semalam set lunch date dengan kawan ex matrik Kolej Chermai..dah 13 tahun usia persahabatan kitorang,sangat teruja jumpa diorang walaupun kejap je.Next time kena plan buat gathering sambil lepak tepi pantai dan berBBQ bersama suami dan anak2 lah pulak.

layan gambar jelah..jap lagi nak check out..huhuu tak puas je rasanya!







anak orang mat saleh ni sporting sangat,nampak saya je terus say 'Hi'..

the hot ladies lah konon..

p/s:suka pulak tengok muka sendiri makin bambam dan dagu berlapis!!

Sunday, May 26, 2013

School Holiday Mode * ON!!

Assalamualaikum!

Orang lain dah mula cuti jumaat lepas tapi saya ni baru esok nak start cuti. Mana taknya tiap hari hantar anak buah ke sekolah (kami satu sekolah), dia ada kelas tambahan tahun 6 dari Jumaat sampai Isnin. Saya selaku ibu saudara yang setia takde nak patah balik Larkin - Taman Perling..mebazir minyak dan tenaga. Maka bertapalah aku di sekolah tunggu kelas dia habis, penat main internet saya mentidokan diri je, pakej katil dan bantal..Hahaha.

So mulai esok hingga Ahad Insya Allah akan menghirup udara KL.






Misiku hanya makan,makan dan makan..yang paling best ada purchase voucher 2 hari 1 malam di Hotel Renaissance. Ada orang teringin nak tido hotel.







I really need a good holiday,selalu Mr J yang balik JB, this time saya pulak yang ke sana.

P/S:Nak mamam belut!!!!

GOOD MORNING TEACHER!

 

(c)2009 GOOD MORNING TEACHER!. Based in Wordpress by wpthemesfree Created by Templates for Blogger